Jumaat, 30 Oktober 2009

Kitakah antaranya?

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya
seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk- numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Rabu, 28 Oktober 2009

Asas-asas kebahagian

Alam perkahwinan diibaratkan sebagai mengharungi samudera luas, penuh gelombang dan pukulan ombak yang dahsyat. Namun segala cabaran dan lambungan badai bakal diharungi dengan selamat jika telah sedia lengkap segala pengetahuan dan pedoman bagi setiap pasangan. Dengan ini kebahagian bakal terus dapat dipertahankan.

Bermula dari perkongsian matlamat hidup dalam berkeluarga. Saling memahami dan mencapai kata sepakat dari segenap sudut dan aspek. Secara amnya, berkomunikasi secara baik dan bersikap terbuka.

Saling memeterai cinta sejati dan abadi. Memberi sepenuh rasa kasih yang tidak berbelah bahagi. Bersangka baik dan yakin pasangan sendiri adalah pilihan paling tepat.

Jujur, punya jati diri, berwawasan dan cenderung positif dalam kehidupan.

Memperkasakan diri dan hati. Pegangan agama sebagai benteng pertahanan agar tidak terpesong daripada landasan. Terus memupuk nilai-nilai keluarga yang sihat. Sentiasa elakkan konfrantasi.

Perilaku anggun terpuji. Mencari keserasian dan menilai kufu. Menyesuaikan diri dengan persekitaran, latar belakang dan asal keturunan pasangan. Saling mengorbankan tabiat yang tidak disenangi dan menjadi seseorang yang paling ideal di mata pasangan.

Bertolak ansur. Mengutamakan keperluan pasangan selagi tidak melampaui had, menyalahi hukum agama dan hukum alam. Cari kesepakatan dalam apa jua perkara. Sabar, tenang dan bersikap lunak adalah jawapan kepada kemarahan, pertengkaran dan pergaduhan.

Menilai dan mengawal tindakan diri sendiri. Berfikiran lebih waras apabila mengalami gangguan emosi. Mengatasi ketegangan dengan senyuman.

Saling memaafkan, tidak berdendam. Mulakan dengan pujian apabila mahu menegur kelemahan pasangan. Lakukan dengan keikhlasan agar tidak menyentuh hati dan emosi.

Jangan mulakan mukadimah ketidakwajaran. Ingatlah, cinta yang telah dibina perlu dipenuhi dengan keikhlasan, kejujuran dan nilai-nilai murni. Jangan sesekali memulakan sesuatu yang boleh membawa petaka dan bencana pada perhubungan, terutama kemunculan cinta ketiga (main kayu tiga). Ini adalah punca keretakan, kehidupan yang goyah serta tiada lagi rasa bahagia dalam keluarga dan rumahtangga.

Perkahwinan adalah kesedian hati. Sentiasa salurkan cinta sebagaimana ia bermula. Kecemerlangan terletak pada kualiti pasangan yang menerajuinya.

Semoga kebahagian ini milik kita dan ia berkekalan. AMIN...AMIN....AMIN...






Selasa, 27 Oktober 2009

Info Rumahtangga

Cium sebelum pergi kerja (pasangan Kahwin)

Tapi tak semestinya pergi kerja je kena salam, nak kemana-manapon, bila kena berjauhan ngan suami dan anak2.

Untuk makluman semua. Saya dapat e-mail ni dari kawan. Dalam Majalah Seri Dewi dan Keluarga keluaran Mei atau Jun 2004(gambar muka depan Siti Sharizah), ada dimuatkan tulisan yang mengenai ciuman 10 saat untuk suami.

Di dalam artikel itu, dinyatakan mengikut kajian yang dilakukan oleh pakar, para2 suami yang dicium oleh isteri mereka sebelum pergi bekerja mempunyai peratusan yang tinggi untukmendapatkan kenaikan pangkat. Bukan setakat itu sahaja, suami yang dicium isteri mengikut kajian dapat memanjangkan jangka hayat umurnya sebanyak 5 tahun.

Dan ada satu lagi fakta yang lebih menarik, proses berulangan diwaktu pagi ini dapat mengurangkan risiko suami mengubah haluan ke arah wanita lain. Kalau nak tahu details, kena baca sendiri le.

Ini adalah satu fakta yang menarik dan dikeluarkan atas dasar kajian yang telah dilakukan. Sudah pastinya, kesahihannya tidak dapat disahkan secara100% peratus tetapi ianya adalah satu fakta yang harus diambil kira.

Terutama kepada para2 isteri yang tidak menganggap perkara ini adalah suatu perkara yang membantu dalam hubungan rumahtangga. .
Saya tidak nafikan, ramai pasangan suami-isteri yang menunjukkan pasangan bahagia dan romantik sebelum mereka berpisah untuk ke tempat kerjamasing- masing.

Kebanyakannya mencium tangan suami mereka, ada juga yang mencium pipi suami dan ada dengan berbagai gelagat lagi.

Tapi saya yakin tidak semua pasangan yang melakukannya. Lebih2 lagi bab mencium pipi suami ini. Dan yang disarankan adalah selama 10 saat. Dalam kes ini, saya ingin menceritakan kisah saya. Setelah membaca artikel tersebut (yang ditulis oleh seorang lelaki), hati saya begitu berkobar-kobar untuk menpraktikkannya, lebih-lebih lagi apabila mengenangkan kelebihan2 ciuman ini.

Namun, saya agak malu dan tidak pasti samada suami boleh menerimanya atau tidak. Kerana pada anggapan saya, orang lelaki ni ada yang tak begitu suka menzahirkan hubungan kasih sayang dengan isterinya especially di hadapan orang. Suami saya ini bukanlah seorang yang romantik, sebab itulah saya sedikit musykil.

Walaubagaimanapun, memang setiap pagi saya akan mencium tangan suami sblm ketempat kerja dan ciuman itu akan dibalas semula oleh suami saya. Tapi pada tangan jugalah, bukan pipi.Itu pun telah cukup untuk membuatkan hati saya kembang kerana kesudiannya membalas ciuman saya.

Namun, misi saya yang terbaru ini masih belum dapat saya lakukan kerana saya tidak mengetahui tindakbalas dia terhadap keinginan saya.

Walaubagaimanapun, saya tetap meneruskan niat itu dengan menanyakan pendapat beliau tentang perkara ini. Dan yang pastinya saya menyenaraikan segala kelebihan yang bakal diperolehinya dengan tindakan tersebut( tapi yang cari lain tu saya tak sebut, hehehe...malulah) .

Yang membuatkan saya gembira sesangat ialah kerana dia bersetuju dengan cadangan itu. Macam tak percaya! Seronok rasanya. Maka saya rasa berjaya membawa perubahan dalam kehidupan kami. Walaupun nampak tidak besar mana, tapi ianya penting.

Maka pada hari-hari yang seterusnya (sekarang dah masuk satu minggu kot) saya akan mencium tangan dan pipi suami sebelum ke tempat kerja. Harap hatinya berbunga-bunga dan kerjanya pun berjalan lancar kerana pagi-pagi lagi dia sudah dibelai manja oleh isteri tercinta.

Di dalam buku psikologi yang saya baca, anak-anak akan mengikut apa dilakukan oleh ibubapanya. Kalau baik yang dilakukan, baiklah tingkahnya.

Kalau tidak baik yang dilakukan, maka tidak baiklah juga hasilnya. Apa yang ingin saya katakan ialah, pada Sabtu yang lepas saya terpaksa bekerja.Jadi suami dan anak perempuan saya yang berumur 3 tahun menghantar saya ke stesen LRT.

Sebelum kereta berhenti, saya telah mengambil inisiatif untuk mencium anak saya dan berpesan padanya agar jangan nakal2 sepanjang saya tiada dirumah.Sebaik saja kereta suami berhenti di hadapan stesen, saya terus mencium tangan dan pipinya dan membuka pintu kereta untuk keluar.

Keajaiban berlaku( pada pandangan sayalah ), anak saya yang berumur 3 tahun itu melihat perlakuan ayah dan ibunya lalu dari seat belakang, dia beralih seat depan sambil menghulurkan tangannya pada saya yang sudah berdiri di luar pintu kereta.

Lalu setelah saya hulurkan tangan saya,dia ambil dan diciumnya serta meminta saya mencium pipinya.

Hati saya sungguh tersentuh dengan perkara ini. Maksudnya anak-anak yang dididik dan ditunjukkan kasih sayang di hadapan mereka akan cuba menirunya juga. Ini akan menerapkan nilai-nilai kasih sayang dalam diri mereka semenjak mereka kecil lagi.

Oleh itu,para pembaca ....yang tidak pernah melakukan perkara ini, apakata anda mengambil inisiatif untuk melakukannya sekarang. Untuk menyuburkan lagi kasih sayang antara suami isteri, untuk memberikan variasi baru dalam perkahwinan, untuk menambahkan lagi rencah kebahagiaan dan memanjangkan lagi umur suami tersayang. Tak rugi sekiranya mencuba sesuatu yang baru.
Selagi anda tak cuba selagi itu anda tak tahu kesannnya. Bagi saya ini satu pencapaian kerana saya telah melakukannya. Tidak bertangguh, namun pada pasangan yang telah agak lama mendirikan rumahtangga. .jangan rasa anda telah terlewat untuk mencuba. Dalam rumahtangga, harus ada kelainan sepanjang masa, barulah lebih bermakna.

Takkanlah hari-hari nak makan lauk sardin aje....betul tak? Saya yakin para suami akan sukakannya, maklumlah sapa yang tidak suka di belai dan diberikan kasih sayang, benarkah begitu wahai para suami?

Bersetujukah anda dengan pandapat ini? Dan dalam artikel itu juga, dinyatakan bahawa penulis itu mengakui yang beliau tidak melakukan perkara tersebut walaupun bercium tangan sebelum ke tempat kerja dengan isterinya dan merasa rugi kerana tidak mengetahui fakta ini terlebih dahulu.Sekiranya beliau tahu, pastinya beliau juga akan mempraktikkan perkara ini.

Oklah, saya ucapkan selamat mencuba dan semoga perkahwinan saya anda akan terus bahagia dan berpanjangan hingga ke akhir hayat.Amin..

Isnin, 26 Oktober 2009

Suami Yang Memenuhi Kewajipan - Menurut Islam..

A. Suami Teladan ialah:

- Suami yang selalu mengerjakan perintah Allah dan menjauhkan laranganNya. Selalu menjaga hubungan dengan isterinya serta melaksanakan tanggungjawab sesuai dengan kemampuannya. Ia selalu berterus terang dengan isterinya. Jika ia mempunyai kekurangan,ia akan menyatakan kepada isterinya.

- Suami yang baik, tidak menyembunyikan rahsia yang tidak disenangi isterinya. Apabila berkata-kata dengan isterinya dengan cara lembut dan bersopan santun.

- Suami yang soleh, selalu membimbing isterinya, menghiburkan isterinya, berbincang-bincang, menghargai pandangan isterinya dan sebagainya.

- Suami yang menganggap isterinya sebagai kekasih dan sahabat. Tidak mudah cemburu. Mempunyai keyakinan dan menaruh kepercayaan terhadap isterinya.

- Suami yang bijaksana, suami yang sanggup menjadi pemimpin rumahtangga.

Suami yang layak menjadi pemimpin sekurang-kurangnya mempunyai ciri-ciri berikut iaitu :-

1. Tubuh badan yang sempurna, sanggup melaksanakan tanggupjawabnya dengan kesempurnaan anggotanya. Ini bermaksud selagi mampu memenuhi keperluan zahir dan batin.
2. Akal fikiran yang sempurna - berfikiran positif.
3. Pengetahuan agama yang sempurna - untuk membimbing ahli keluarganya mengamalkan ajaran agama sebagai panduan hidup.
4. Membelanjakan sebahagian harta - mencari nafkah untuk menyara hidup ahli keluarganya

B. Keperibadian Suami Yang Menjadi Impian Isteri

1. Penuh kerinduan dan kasih sayang
2. Mencintai
3. Gagah dan berakhlak mulia
4. Kaya dan bijaksana
5. Memberikan cahaya kehidupan
6. Menegakkan kebenaran
7. Mulia di sisi Allah

C. Ciri-ciri Suami Teladan

- suami yang soleh yang sentiasa menjalankan perintah Allah
- suami yang tidak sanggup melihat isterinya meringankan perintah Allah
- suami yang bersikap mahu memaafkan dan membetulkan kesalahan isterinya.

1. Ciri-ciri suami yang soleh ialah:

a. Mentaati Allah SWT dan Rasul-Nya dengan mengerjakan segala perintah dan menjauhi segala larangan.
b. Mendirikan rumahtangga semata-mata kerana Allah SWT
c. Melayani dan menasihati isteri dengan sebaik-baiknya
d. Menjaga hati dan perasaan isteri
e. Sentiasa bertolak ansur dan tidak meminta sesuatu yang diluar kemampuan isteri
f. Bersabar dan menghindari daripada memukul isteri dengan pukulan yang memudaratkan
g. Jangan mengeji isteri di hadapan orang lain ataupun memuji wanita lain di hadapan isteri.
h. Bersabar dan menerima kelemahan isteri dengan hati yang terbuka.
i. Mengelakkan daripada terlalu mengikut kemahuan isteri kerana ia akan menjejaskan imej dan prestasi suami sebagai pemimpin.
j. Memberi nafkah kepada keluarga mengikut kemampuan.
k. Menyediakan keperluan dan tempat tinggal yang selesa.
l. Bertanggungjawab mendidik akhlak keluarganya.
m. Sentiasa mengambil berat tentang keselamatan mereka.
n. Memberikan kasih sayang dan berkorban untuk kepentingan dan kebahagiaan bersama.

2. Syarat mendirikan rumahtangga Islam agar mendapat keredhaan Allah SWT iaitu:

a. Ahlinya berpendidikan Islam, berjiwa teguh, tenang dan damai.
b. Suasana rumahtangga sentiasa riang dan penuh kegembiraan.
c. Rumahtangga sentiasa bersih dan selesa.
d. Rumahtangga yang sentiasa memelihara dan menjauhi daripada perkara-perkara haram dan syubhat.
e. Ahli-ahlinya bersolat secara berjemaah.
f. Bersih hati, pancaindera dan anggota badan serta menjauhi sifat-sifat yang berlebih-lebihan ketika bersolek.
g. Memuliakan dan menghormati agama serta memandang tinggi akan nilai-nilai keperibadian muslim.
h. Anggota keluarga memiliki kesefahaman dan bijaksana dalam mentadbir rumahtangga.
i. Memilih calon suami/isteri berasaskan Islam.
j. Rumahtangga hendaklah sentiasa ke arah kebaikan dan kebajikan.
k. Dakwah Islamiah sentiasa terlaksana dalam rumahtangga.

D. Suami yang penuh sentuhan kasih

Ada 10 nasihat untuk suami dalam memahami hubungannya dengan isteri :-

1. Bersikap tegas dan lemah lembut terhadap isteri,
Betapapun seorang wanita itu mempunyai kemampuan dan kemahuan yang tinggi, memiliki kemahiran serta percaya terhadap diri sendiri namun pada hakikatnya, ia masih ingin mencari perlindungan dengan seorang lelaki. Jika keinginan mencari perlindungan itu datangnya dari wanita, namun selalulanya ia merahsiakannya. Seandainya hajat nya tercapai, ia mengharapkan layanan yang lemah lembut dan amat mengharapkan perlindungan dari lelaki yang bertanggungjawab. Sifat lemah lembut dan tegas ini harus dimiliki oleh lelaki kerana setiap isteri mengharapkan suaminya mampu menjadi pemimpin dalam rumahtangga yang dibina. Menjadi pemimpin bukan bermaksud menjadi "boss". Sifat tegas dan lemah lembut ini biarlah kena pada tempatnya.

2. Memberi pujian terhadap isteri,
Peranan wanita sebagai ibu menyebabkan ia perlukan perlindungan daripada keyakinan. Hanya suami yang bijaksana dapat memberikan keyakinan kepada isterinya. Dengan cara memberikan penghargaan seperti pujian, hadiah ataupun ungkapan yang boleh menambahkan keyakinan dalam diri isteri. Jangan merasa hairan jika seorang wanita selalu bertanya kepada pasangannya, "Adakah engkau cinta padaku?". Pertanyaan ini bukan bermakna ia tidak percaya kepada pasangannya tetapi ia menginginkan keyakinan untuk dirinya. Oleh itu, suami usah jemu dengan ungkapan itu, malah berusahalah untuk mengerti hakikat seorang wanita.

3. Menentukan batas tanggungjawab, Islam telah mengatur, tanggungjawab terhadap suami dan isteri. Suami berkewajipan mencari nafkah yang halal untuk kelurganya dan isteri pula berkewajipan melayan suami serta mengasuh anak-anak. Ini bukan bermakna tanggungjawab lain patut diabaikan, malah semua tanggungjawab lain seharusnya dipikul bersama mengikut keadaan masa dan tempat.

4. Menghindari kritikan terhadap isteri,
Kritikan bukan satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah. Ia boleh dilakukan, namun biarlah dengan lembut dan bertempat. Jangan sesudah bernikah, suami merasa berhak berkasar, mengkritik dan menghina isteri sewenang-wenangnya kerana banyak kesannya pada isteri. Suami yang terlalu banyak mengkritik isteri akan meninggalkan
kesan negatif terhadap isterinya iaitu:

a. Perasaan isteri menjadi tertekan akibat menahan marah
b. Menimbulkan pelbagai jenis penyakit fizikal akibat daripada perasaan kecewa dan tekanan batin.
c. Isteri menjadi pemarah, pendiam, kadangkala hilang keinginan untuk bersama.
d. Akibat selalu dikritik serta tidak dihargai, isteri akan kehilangan identiti dirinya sendiri.
e. Untuk menyenangkan hati, isteri akan menyalahkan anak-anak.
f. Jika perasaannya terlalu tertekan, mungkin ia inginkan perceraian.

5. Memperhatikan sesuatu yang romantik,
Suami seringkali kurang memperhatikan keperluan yang tidak begitu penting seperti ulangtahun isteri, perkahwinan dan sebagainya. Namun bagi wanita, hal sebegitu penting. Cinta bukan hanya berkaitan dengan perasaan tetapi juga berkaitan dengan aktiviti romantik yang mempunyai nilai yang bererti dalam diri wanita.
Mungkin sesuatu yang tidak bererti pada lelaki namun ianya amat bernilai pada wanita. Oleh itu suami harus banyak mempelajari keperluan isteri dan tidak menganggap remeh terhadap kepentingan isteri.

6. Memahami isteri yang ingin selalu di samping suami.
Setiap isteri selalu menginginkan serta merindukan untuk selalu bersama suaminya. Isteri selalu mengharapkan perhatian yang cukup dari suaminya. Kerana itu, suami yang baik akan berusaha meluangkan masa untuk bersama isterinya. Selalu bersama boleh meningkatkan kasih sayang.

7. Menjaga perasaan aman dalam kehidupan isteri,
Suami yang bertanggungjawab akan selalu memberikan rasa aman dan tenteram terhadap perasaan isterinya, selalu berusaha menyelesaikan setiap masalah rumahtangga dengan secepat mungkin. Berusaha membantu menyelesaikan masalah isteri.

8. Memahami gelora jiwa isteri,
Wanita lebih mudah mengalami perubahan emosi jika dibandingkan dengan lelaki. Jika suami dapat menerima hakikat perubahan emosi isterinya, maka isterinya pasti dapat menerima suaminya sebagai org yang dapat membimbing hidupnya.

9. Membina kerjasama yang baik,
Suami yang boleh diajak berbincang dan selalu bekerjasama dengan isterinya akan mampu mengujudkan keluarga bahagia.

10. Memenuhi keperluan peribadi,
Tidak ada dua wanita di dunia ini yang sama, kerana masing-masing memiliki peribadi yang khusus. Wanita mempunyai sifat yang unik baik dari segi emosi maupun keinginan. Suami yang bijaksana akan mudah memahami akan keperluan peribadi isterinya dan mampu melaksanakan tanggungjawabnya sesuai dengan kemampuan dirinya.

E. Kewajipan Suami Dalam Rumahtangga

1. Memenuhi mas kahwin isteri secara sempurna
2. Memberi nafkah kepada isteri
3. Menggaulinya dengan baik
a. Memberi nafkah sesuai dengan kemampuan
b. Sentiasa berbincang dengan isteri dalam segala hal
c. Mengajak isteri bergurau senda, berlaku lemah lembut kepadanya, menghiburkan isteri supaya hatinya sentiasa gembira.
d. Memaafkan keslaahan isterinya apalagi terhadap isteri yang berbudi pekerti mulia.
e. Dihadapan isteri hendaklah menunjukkan keindahan dan kebaikan kerana isterinya juga menyenangi apa yg disenangi oleh suaminya.
f. Membantu isteri dalam urusan rumahtangga terutama apabila isteri sakit atau sibuk dengan pekerjaannya.
g. Tidak membuka rahsia isteri serta memperkatakannya dihadapan umum.
h. Melindungi isteri dari api neraka.

4. Cemburu hanya kerana agama dan kehormatan,
Cemburu ini bermaksud, menjaga isteri dari segala sesuatu yang berbentuk pandangan, perkataan atau perasaan.

Secara umum lelaki bersifat :
- berani dan gagah perkasa
- ingin menolong yang lemah
- ingin berkuasa
- kasar dan tamak

manakala wanita bersifat :
- lemah lembut
- pemalu
- mempunyai perasaan yang halus
- bersopan santun
- penyabar.

Sifat-sifat ini adalah bersesuaian dengan kewajipan dan tanggungjawab masing-masing.

5. Membimbing isteri
Di samping memiliki sifat-safat yang baik, wanita juga mempunyai sifat buruk yang kadangkala merupakan sifat asal ataupun dari pengaruh luaran.
Diantaranya:
a. Mudah lupa dalam mengingati Allah, Kesibukan dengan harta kekayaan dan anak-anak kadang-kala membuat wanita lengah akan perintah Allah. Kelalaian ini akan memberi peluang kepada hawa nafsu menguasainya.
b. Mudah terpengaruh oleh tipu daya dunia Kemilauan dunia sering membuat wanita terpedaya.
c. Sering bersikap bangga dan bermegah-megah kepada orang lain

Dengan memahami sifat isteri, suami boleh membimbing dan menasihati isteri. Suami pula sepatutnya tahu bagaimana cara membetulkan isteri. Tersilap cara akan mengakibatkan perselisihan. Perselisihan dalam rumahtangga dapat dikurangkan sekiranya pasangan mengamalkan perangai yang baik seperti :

1. Janganlah suami dan ister marah pada masa yang sama.
2. Jangan mengeluarkan suara yang kuat antara satu sama lain
3. Jika ada seorang yang harus menang dalam perselisihan, maka biarkanlah ia menang.
4. Jika harus mengkritik pasangan, lakukanlah dengan sikap kasih sayang.
5. Jangan mengungkit kembali kesalahan-kesalahan lalu
6. Lebih baik tidak mempunyai masa untuk orang lain daripada tidak mempunyai masa terhadap pasangan.
7. Jangan tidur jika ada perselisihan belum diselesaikan
8. Berkata sesuatu yang manis atau pujian pada pasangan kita sekurang-kurangnya sekali sehari.
9. Jika bersalah, akuilah kesalahan dan meminta maaf.
10. Jangan lupa bahawa perselisihan terjadi akibat dua orang dan biasanya org yang bersalah paling banyak berbicara.

6. Membimbing anak
Seorang suami yang adalah suami yang tidak mengabaikan tanggungjawabnya antaranya:

a. Memberikan nama yang baik bagi anaknya
b. Memberi nafkah
c. Bertanggungjawab atas pendidikan anak dan sebagainya.

Jumaat, 23 Oktober 2009

Novel :- TIKA RINDU BERLAGU

Penulis :- LILY SURIANI

Penerbit :- ALAF 21 SENDIRIAN BERHAD

Jumlah Muka Surat :- 492 HALAMAN

Ringkasan Cerita :-

Kesungguhan Naim mempamer cinta membuatkan Adila mula melakar mimpi. Malamnya disinari kerlipan bintang. Siangnya pula sentiasa dihiasi pelangi. Kalaulah begini indah perasaan dilambung cinta, dari dulu lagi dilagukan rasa rindu. Biar bergema diseluruh alam.

Tiba-tiba mimpi yang indah itu hilang. Perginya tanpa meninggalkan sebarang jejak. Terpisah dengan Naim menjadikan Adila seperti tidak keruan. Dia mencari dan terus mencari hingga akhirnya lelah sendiri. Jiwanya kacau, fikirannya bercelaru.

Kemunculan semula Naim seakan terhenti putaran bumi. Sukar untuk Adila menerima hakikat yang namanya tiada dalam ingatan Naim. Namun, demi cinta yang harus dipertahankan, dia tidak akan sesekali mengalah. Sekali janji dilafazkan, dia rela dirinya diibaratkan perigi mencari timba.


Jumlah Bintang :- *****

Khamis, 22 Oktober 2009

Rahsia Kelahiran Mengikut Bulan Islam

Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilaku.

Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan:

Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik,dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

Safar
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya.lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.

Rabiul Awal
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang
berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.

Rabiul Akhir
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah,buruk nafsunya, kasar wataknya,mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

Jamadil Awal
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.

Jamadil Akhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya,tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

Rejab
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilainilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

Sya'aban
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat rezeki.

Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.

Syawal
Perwatakannya keras. Hatinya keras.Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain.
Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu.Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir,kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.

Zulhijjah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat
padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal
kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan.

Kalau nak tahu bila bulan hijrah, anda dilahirkan....
jengah-jengahlah ke web nie.

http://daawah.com/islam/hari/hijrahconvert.shtml

Selasa, 20 Oktober 2009

16 September - Cuti Umum

Mulai tahun depan, ulang tahun sambutan Hari Malaysia pada 16 September diisytiharkan sebagai cuti umum di seluruh negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan keputusan itu yang dibuat oleh Jemaah Menteri baru-baru ini bertujuan mengingati sejarah penubuhan Malaysia pada 16 September 1963.

Menurutnya, ini bermakna mulai 2010, rakyat akan merayakan dua hari kebangsaan secara berkembar iaitu Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.

Tambah beliau, menerusi Hari Malaysia, kerajaan mahu suka duka rakyat di Sabah dan Sarawak selepas mereka membuat keputusan untuk menyertai Malaysia sejak 1963 turut dirasai penduduk di Semenanjung.

"Hari Merdeka pada 31 Ogos kekal diraikan bagi mengingati perjuangan mencapai kemerdekaan dengan pelbagai acara rasmi seperti perarakan untuk mengingati detik bersejarah itu.

"Hari Malaysia pula dirayakan dengan acara-acara bersifat mengerat perpaduan, persefahaman antara kaum, kejayaan dan pencapaian masyarakat dalam bidang sukan, sosiobudaya, dan kesenian bagi menyemarakkan semangat 1Malaysia," katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Datuk Dr. Marcus Majigoh (BN-Putatan) pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Majigoh sebelum itu ingin mengetahui sejauh mana penerimaan rakyat ke atas seruan 'kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia'.

Perdana Menteri menjawab soalan Majigoh itu serentak dengan 15 soalan Ahli Parlimen lain yang turut menyentuh isu serupa.

Dalam pada itu, Najib menambah, bagi meningkatkan lagi perhubungan antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak, kekerapan penerbangan akan dipertingkatkan, pembinaan prasarana bakal diperbanyakkan dan isu kerakyatan akan diberi perhatian serius oleh kerajaan.

Dalam jawapan lisan itu juga, Najib mengambil kesempatan menerangkan bahawa gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan beliau selepas dilantik sebagai Perdana Menteri telah menjadi gagasan yang digemari ramai khususnya generasi muda.

"Boleh dikatakan tahap pertama dalam pelaksanaan gagasan 1Malaysia telah mencapai matlamatnya. Sama-samalah kita berdoa semoga niat suci kerajaan untuk memupuk perpaduan tulen benar-benar berjaya," katanya.

Menjawab soalan tambahan Majigoh sama ada negara ini wajar mempunyai satu identiti bangsa seperti di Indonesia, Thailand dan Filipina, Najib menjelaskan, beliau bersetuju dengan pendapat tersebut.

Bagaimanapun, katanya, asas pembinaan negara sejak dari awal lagi berasaskan mengintegrasi dan bukannya mengasimilasi seperti yang berlaku di Indonesia, Thailand dan Filipina.

"Ini menunjukkan kepimpinan kita dari awal lagi bersifat terbuka dan inklusif kerana kerajaan melihat itulah jalan terbaik apabila kita dapat menampilkan suatu kekuatan berdasarkan bersatu dalam kepelbagaian.

"Tidak ada negara lain yang unik macam Malaysia. Kita berpegang kepada teras perlembagaan dan boleh menerima unsur-unsur yang berbeza sebagai budaya yang terkandung di bawah bumbung 1Malaysia," jelasnya.

Sementara itu, menjawab soalan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Pas-Marang) mengenai dasar Islam Hadhari, Perdana Menteri berkata, setiap dasar baru merupakan kesinambungan kepada dasar terdahulu dengan mendasari nilai menyokong usaha mencapai Wawasan 2020.

Menurut beliau, tidak mungkin sesuatu dasar yang digubal itu boleh berjaya dalam satu penggal kerana ia merupakan kesinambungan perjalanan yang panjang.

Sumber :- Berita Harian

Isnin, 19 Oktober 2009

Rahsia Diri Mengikut Bulan Kelahiran

Kajian Metafizik

OKTOBER

- Suka sembang
- Suka orang sayang padanya
- Suka ambil jalan tengah
- Sangat menawan dan sopan santun
- Kecantikan luar dan dalam
- Tidak pandai berbohong dan berpura-pura
- Mudah rasa simpati, baik, dan pentingkan kawan
- Sentiasa berkawan
- Hati mudah terusik, tetapi merajuk tak lama

- Cepat marah
- Macam pentingkan diri sendiri
- Tidak menolong orang jika tidak diminta
- Suka melihat dari perspektif sendiri
- Tidak suka terima pandangan orang lain
- Emosi mudah terusik
- Suka berangan-angan dan pandai bercakap
- Emosi yang kelam kabut
- Daya firasat yang sangat kuat ( terutama perempuan )

- Suka melancong, bidang sastera, dan seni
- Pengasih, penyayang, dan lemah lembut
- Romantik dalam percintaan
- Mudah terusik hati dan cemburu
- Ambil berat tentang orang lain
- Suka kegiatan luar
- Orang yang adil
- Boros dan mudah dipengaruhi persekitaran
- Mudah patah semangat

Jumaat, 16 Oktober 2009

October Baby









- Loves to chat.
- Loves those who love them.
- Loves to takes things at the centre.
- Inner and physical beauty.
- Lies but doesn't pretend.
- Gets angry often.
- Treats friends importantly.
- Brave and fearless.
- Always making friends.
- Easily hurt but recovers easily..
- Daydreamer.
- Opinionated.
- Does not care to control emotions.
- Unpredictable.
- Extremely smart, but definitely the hottest.
- Sexiest of them all.

(Saja aje suka-suka...jangan percaya sangat....)

Novel :- GETARAN RINDU

Penulis :- NORZAILINA

Penerbit :- ALAF 21 SENDIRIAN BERHAD

Jumlah Muka Surat :- 580 HALAMAN

Ringkasan Cerita :-

Perempuan…lirikan matanya ibarat sembilu menusuk dikalbu. Firasat senyumannya adalah kuntuman rindu. Dan sentuhan jari jemarinya yang hangat bisa mendebarkan jiwa setiap lelaki. Namun bagi Izham, gemersik suara Fara bagai menyeru-nyeru semangatnya yang hilang. Dia kembali ke alam reality. Merenung hari kelmarin yang pergi. Kemudian melontarkan prasangka bahawa cinta palsu mudah dibeli dan cinta setia sukar dicari.

Sejak itu, hidup lelaki ini terasa indah dan membahagiakan. Siang berganti malam dan hari berganti bulan. Namun…cinta yang semakin sarat tidak pernah menoktahkan erti jemu buat Izham. Sayangnya, Fara sentiasa mempersendakan ketulusannya hanya kerana godaan Delia yang jelita dan kemanjaan Sharifah yang sengaja mencari sengketa. Sedangkan di hari Izham, hanya wajah Fara yang menghiasi malam sepinya.

Dimanakah penghujung pertemuan mereka, bila Izham dikhabarkan hilang dalam perjalanan ke Venice? Dia terpaksa menghilangkan diri dan bersembunyi angkara perbuatan Suffian, kekasih Delia, yang cemburu buta! Sejak itu, mereka terpisah, tanpa suara dan tanpa kata-kata.

Dimanakah kau Izham? Fara terus menanti dengan sendu dan airmata. Mengharap agar cinta, kasih dan rindu mereka kembali bersatu seperti dulu.

Pengajaran :-

Seseorang kadangkala terpaksa mengambil keputusan yang akan mengubah kehidupannya dalam masa beberapa minit sahaja. Bila sudah menetapkan fikiran, tiada pilihan lain kecuali meneruskan kehidupannya. Disinilah terletaknya kewibawaan seseorg bilamana dia harus meneruskan hari-hari yang mendatang walaupun ia bukan pilihannya.


Jumlah Bintang :- ****

Khamis, 15 Oktober 2009

Rahsia 8P

Petua 8P Ustazah Siti Nurbahyah

1) PUJI iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2) PELUK yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3) PENGHARGAAN di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4) PERHATIAN adalah yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5) PERSEFAHAMAN

6) PERGAULAN iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7) PERCUTIAN di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8) PERMOHONAN iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggungjawab terhadap keluarga," katanya.

Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu:-

> membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau
> membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.

Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah. Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap
agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL......

Rabu, 14 Oktober 2009

Harus Memilih Kawan

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)

Dari Nu’man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda, “Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.” (Hadis riwayat Muslim)

“Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.” (Hadis riwayat Muslim)
“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”

Banyak sekali hadis-hadis tentang kawan/sahabat ini. Ada pula pepatah Melayu mengatakan, “Berkawan biar seribu, berkasih biar satu.” Saya lebih selesa dengan berkawan biar berpada jumlahnya, lihat kualiti, bukan kuantiti. Dan berkasih jangan cuma satu saja, kalau mampu, biar ramai. Kasihkan Allah, Rasul-Nya, pasangan (suami/isteri), anak-anak, keluarga, kaum kerabat, jiran dan juga kawan atau sahabat. Baru betul! Tak gitu?

Allah SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.

Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT yang bermaksud, “Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (surah al-Hujurat [049] ayat 13)


Dalam Islam, faktor memilih kawan amat dititik-beratkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.

Terdapat ayat yang mengisyaratkan mengenai peranan dan pengaruh kawan, antaranya firman-Nya yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bertakwalah dan hendaklah kamu bersama-sama orang yang bersifat benar.” (Surah at-Taubah, ayat 119)

Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadis Rasululah SAW yang bermaksud, “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.” (Hadis riwayat Abu Daud).

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud: “Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?

Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya, “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut.”

1 - Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

2 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

3 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.

4 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

5 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.


Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.
Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita. Setelah kita dewasa, kita juga perlu berhati-hati memilih kawan kerana kita tidak mahu kawan-kawan yang melalaikan kita terhadap Maha Pencipta. Kawan yang baik membantu kita ke arah pencapaian matlamat, iaitu kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat. Kawan yang tidak baik hanya membantutkan usaha kita ke arah itu.

Dalam kitab al-Hikam ada menyebut, “Jangan berkawan dengan seseorang yang tidak membangkitkan semangat taat kepada Allah, amal kelakuannya dan tidak memimpin engkau ke jalan Allah.” Dalam satu hadis yang bermaksud, “Seseorang akan mengikuti pendirian (kelakuan) temannya, kerana itu tiap orang harus memilih siapakah yang harus didekati sebagai kawan (teman).”

Sufyan Astsaury berkata, “Siapa yang bergaul dengan orang banyak harus mengikuti mereka, dan siapa mengikuti mereka harus bermuka-muka pada mereka, dan siapa yang bermuka-muka kepada mereka, maka binasalah seperti mereka pula.”

Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti di bawah:

1. Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.

2. Sahabat yang hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.

3. Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.

4. Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.

Ali bin Abi Thalib r.a. berkata, “Sejahat-jahat teman ialah yang memaksa engkau bermuka-muka dan memaksa engkau meminta maaf atau selalu mencari alasan.”

Kemungkinan engkau berbuat kekeliruan (dosa), maka ditampakkan kepadamu segala kebaikan, oleh kerana persahabatanmu kepada orang yang jauh lebih rendah akhlak (iman) daripadamu.

Sebaik-baik sahabat

Dan sekiranya engkau berkawan seorang bodoh yang tidak menurutkan hawa nafsunya, lebih baik daripada berkawan dengan orang alim yang selalu menurutkan hawa nafsunya. Maka ilmu apakah yang dapat digelarkan bagi seorang alim yang selalu menurutkan hawa nafsunya itu, sebaliknya kebodohan apakah yang dapat disebutkan bagi seorang yang sudah dapat mengekang (menahan) hawa nafsunya.

Bagaimana akan dinamakan bodoh, seorang yang telah dapat menahan dan mengekang hawa nafsunya, sehingga membuktikan bahawa semua amal perbuatannya hanya semata-mata untuk keredhaan Allah SWT dan bersih dari dorongan hawa nafsu. Sebaliknya, apakah erti suatu ilmu yang tidak dapat menahan atau memimpin hawa nafsu dari sifat kebinatangan dan kejahatannya.

Dalam sebuah hadis ada keterangan : “Seorang itu akan mengikuti pendirian sahabat karibnya, kerana itu hendaknya seseorang itu memperhatikan, siapakah yang harus dijadikan kawan.”

Menurut ahli syair pula : “Sesiapa bergaul dengan orang-orang yang baik, akan hidup mulia. Dan yang bergaul dengan orang-orang rendah akhlaknya, pasti tidak mulia.”

Bersahabat dengan yang lebih rendah budi dan imannya sangat berbahaya, sebab persahabatan itu saling pengaruh-mempengaruhi, percaya-mempercayai sehingga dengan demikian sukar sekali untuk dapat melihat datu memperbaiki kesalahan sahabat yang kita sayangi, bahkan kesetiaan sahabat akan membela kita dalam kesalahan dosa kekeliruan itu, yang dengan itu kita pasti akan binasa kerananya.

Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Apa pun berkawanlah kerana Allah SWT untuk mencari redha-Nya.

Selasa, 13 Oktober 2009

Resepi : Ikan Kerapu

Bahan-bahan:-

1 ekor ikan kerapu saiz besar
Sedikit serbuk kunyit dan garam
Sedikit tepung jagung
1 sudu besar cili kisar
Minyak untuk menggoreng dan menumis

Bahan Tumbuk:-

2cm halia
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Bahan Sos:-

1/2 cawan air
1/2 cawan sos tomato
1 cawan sos cili
1/2 cawan sos tiram
1 sudu besar cuka

Bahan Hias (dipotong):-

3 batang putik jagung
1 batang lobak merah
1 batang timun
1 biji capsicum hijau, merah dan kuning
1 labu bawang besar

CARA MENYEDIAKANNYA :-

1) Panaskan minyak, lumur ikan dengan serbuk kunyit, garam dan tepung jagung.

2) Goreng hingga masak, angkat dan ketepikan.

3) Panaskan sedikit minyak, tumis bahan tumbuk hingga naik aroma dan masukkan cili kisar, biarkan sedikit garing.

4) Bancuhkan kesemua bahan sos, tuangkan ke dalam tumisan.

5) Setelah mendidih, masukkan bahan hias.

6) Setelah masak, tuangkan di atas ikan yang telah digoreng tadi.

Isnin, 12 Oktober 2009

Petua : Sakit Mata

Baru-baru nie...one family ai kena sakit mata...firstly yg kena my son...after that my daughter..and then ai..lps tu hubby...

Paling teruk yang kena ai la..sampai bledding..keluar airmata darah...perit dan pedih..tak terkira...sampai nak bukak mata pun susah...

Klu bangun tidur pagi...lagi la payah nak bukak mata...

Selain dari jumpa doctor...ai ada beberapa petua yang mungkin boleh dimanfaatkan bersama sekiranya mengalami sakit yang berkaitan dengan mata.

Sakit Mata
1. Jika anda mengalami sakit mata, cubalah petua ini, titiskan embun pagi ke mata setiap hari.
2. Tumbuk daun bunga melati hingga lumat, kemudian tampalkan di sekeliling mata. Insya-Allah sakit mata akan berkurangan.
3. Masukkan satu sudu besar garam ke dalam besen yang berisi air. Kacau garam hingga hancur. Kemudian pejam dan celikkan mata anda dalam air tersebut.
4. Rebus sedikit akar bunga raya putih, sejukkan dan titiskan ke mata.
5. Ambil sedikit susu ibu, kemudian titiskan ke mata setiap hari sehingga mata sembuh.

Gatal Mata
Ramas beberapa helai daun sirih dan rendam dalam air suam selama 10 minit. Tapis air tersebut. Kemudian cuci mata anda sehingga rasa gatalnya berkurangan.

Mata Terkena Cabai
Jika mata anda terkena cabai, jangan panik. Ambil secubit garam kemudian kunyah. Rasa pedih akan beransur kurang.

Mata Ditumbuhi Ketumbit
Gesel dua batang sudu, kemudian sapukan bahagian yang digesel di tempat yang ditumbuhi ketumbit. Lakukan sekali sehari sehingga ketumbit hilang.

Khamis, 8 Oktober 2009

Tip Mendidik Anak Cemerlang Dalam Hidup

Pakar motivasi keluarga, Prof. Madya Izuddin Ali memberi tip kepada ibubapa agar mengambil berat kebajikan anak meliputi keperluan diri dan emosi anak.

1) TEKANKAN DIDIKAN AGAMA.
Tidak kira sama ada anak itu cerdik ataupun tidak, didikan agama perlu diterapkan agar menjadi pedoman hidup. Antaranya doa yang baik untuk anak dan juga amalan seperti berzikir bersama-sama anak.

2) PEMBENTUKAN AKHLAK.
Ibu bapa perlu tunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak. Seperti sikap jujur dan amanah.

3) BANYAKKAN PUJIAN DARIPADA KRITIKAN.
Kebanyakan ibu bapa lupa bahawan anak-anak juga mempunyai perasaan. Untuk itu, sebelum mengkritik anak, puji mereka dahulu. Ibu bapa biasanya tidak sabar dengan mengatakan anak bodoh, lembap dan sebagainya.

4) MEMAHAMI PERKEMBANGAN ANAK.
Setiap anak mempunyai perkembangan yang berlainan. Cuba perhatikan sesetengah anak cemerlang pada peringkat awal iaitu sekolah rendah kemudian semakin kurang cemerlang dperingkat sekolah menengah.

5) KENALI APA KESUKAAN ANAK.
Setiap anak mempunyai minat dan kepandaian masing-masing. Jika mereka minat melukis, beri sokongan dengan memberi alatan lukisan agar minat itu boleh diperkembangkan.

6) KOMUNIKASI TIDAK JELAS.
Komunikasi orang dewasa dengan kanak tidak sama. Tidak semua apa yang diperkatakan oleh orang dewasa difahami oleh kanak-kanak.
Contohnya, jika ibubapa mengatakan jika anak tidak belajar bersungguh-sungguh suatu hari nanti, mereka akan hidup susah. Mereka tidak memahami apa erti susah tersebut.Lebih baik ibu bapa membawa anak-anak ke tempat orang susah dan terangkan kenapa seseorang itu boleh hidup susah.

Sumber Dari :- Majalah Keluarga Harmoni

Isnin, 5 Oktober 2009

20 Tip Bahagia Selamanya..

Kebahagian dalam sesebuah perhubungan atau rumahtangga takkan datang begitu saja. Perlu ada usaha untuk meraihnya. Usaha itu juga tidak boleh dilakukan sebelah pihak saja, suami dan isteri perlu sama-sama melakukannya.

Berikut adalah 20 tip yang boleh dipraktikkan oleh pasangan suami isteri atau pasangan bercinta dalam mengekalkan kebahagian.

1) Jaga perasaan pasangan. Jangan melakukan sesuatu yang telah diketahui akan menyakiti hati pasangan.
2) Beri perhatian. Jadilah pendengar yang baik namun sekiranya anda sedang sibuk, minta pasangan menunda ceritanya sehingga ke masa yang sesuai. Itu lebih baik daripada anda mendengar acuh tak acuh.
3) Berkongsi kegembiraan. Lewati waktu-waktu sedih, sukar atau bahagia bersama-sama pasangan. 4) Menjaga sopan-santun. Jangan lupa mengucapkan kata tolong, terima kasih dan maaf. Ucapan ini akan membuat pasangan berasa dihargai.
5) Senangkan hati pasangan. Selalu berikan senyuman manis kepada pasangan agar dia senang dan berasa bahagia menjalani harinya.

6) Saling menghargai privasi. Setiap individu berkehendakkan masa untuk bersendirian, jadi hormatilah privasi pasangan. Selain itu...jagalah rahsia pasangan, jangan sesekali bercerita tentangnya kepada rakan-rakan.
7) Elakkan dari mengucapkan kata-kata ini 'Dulu lagi saya dah cakap...' Kalimat ini akan menekankan kesalahan pasangan hingga membuatkan dia berasa rendah diri.
8) Penyelesaian masalah. Cari jalan yang terbaik bagi anda berdua bila berhadapan dengan masalah. Ketepikan ego ketika menanganinya.
9) Pertahankan bara cinta. selalu terbuka dan saling meluahkan perasaan adalah cara paling baik agar perhubungan selalu mesra.
10) Jangan suka membuat perbandingan. Terimalah pasangan seadanya kerana anda yang memilihnya.

11) Ungkapkan dengan kata-kata. Jangan berharap pasangan boleh membaca fikiran anda. Nyatakan keinginan atau perasaan anda dengan kata-kata.
12) Awas bila mengkritik. Jaga kata-kata anda bila membuat kritikan, jangan sampai menghiris perasaan dan hati pasangan.
13) Perhatikan masalah utama yang timbul. Dua tahun pertama adalah masa yang penting bagi sesebuah perkahwinan atau perhubungan. Belajarlah berkerjasama dan membiasakan diri dengan kehidupan berumahtangga.
14) Minimumkan konflik kewangan. Sekiranya boleh, usahakan untuk membuka akaun simpanan masing-masing dan juga satu akaun bersama. Bahagikan perbelanjaan rumahtangga dengan saksama agar tidak timbul rasa tidak puas hati.
15) Atur waktu khusus untuk menyelesaikan konflik atau masalah. Pastikan waktu itu, anda dan pasangan berfikiran tenang dan tidak lagi emosi.

16) Saling memaafkan. Pasangan anda juga manusia biasa yang tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan. Jadi maafkan kesalahan yang dilakukan agar tidak mencemari hubungan terlalu lama.
17) Jangan menoleh ke belakang. Cubalah untuk menerima dan melupakan masa lalu pasangan terutama sekali yang negatif.
18) Jangan biarkan konflik atau masalah berlarutan. Segera cari jalan penyelesaian agar tidak menjejaskan hubungan.
19) Tetap bertanggungjawab walaupun anda dan pasangan di dalam konflik. Mengabaikan apa yang menjadi kewajipan terutama di saat "genting" boleh mengakibatkan keadaan semakin keruh.
20) Cari bantuan dari pihak ketiga. Jika rumahtangga terjebak dalam konflik yang serius dan anda tidak lagi dapat menanganinya, jangan ragu mencari bantuan daripada pihak ketiga samada penasihat rumahtangga profesional ataupun teman yang boleh dipercayai.

Sumber :- Psikologi Perkahwinan (Majalah Mingguan Wanita)

Ahad, 4 Oktober 2009

Taksiran Mimpi - 3

Bermimpi Akan Haiwan

- Bermimpi melihat kambing yang terlalu banyak menandakan pekerjaan anda akan memperoleh rezeki yang halal.
- Bermimpi naiki kuda atau unta, anda akan memperoleh kemuliaan dan kebajikan serta cita-cita anda akan dimakbulkan Allah.
- Bermimpi naik gajah anda akan dipermuliakan orang dengan kebesaran.
- Bermimpi membunuh gajah anda akan dihormati dan memperoleh kebahagian di dunia dan akhirat.
- Bermimpi melihat gajah berjuang alamatnya orang-orang besar akan berkelahi sesama sendiri.
- Bermimpi harimau datang kepada anda alamatnya anda akan memperoleh kehinaan
- Bermimpi melihat babi atau anaknya menandakan orang itu melakukan pekerjaan terkutuk. Sebaliknya jika bermimpi membunuh babi atau tikus anda akan menunaikan haji atau memperoleh pahala haji.
- Bermimpi pelanduk atau kijang datang kepada anda alamatnya anda akan memperolehi isteri yang jahat.
- Bermimpi lebah bersarang dalam telaga atau sarangnya jatuh dalam telaga menandakan anda akan dipermuliakan orang
- Bermimpi anda ditangkap harimau, alamatnya anda akan diperdayakan orang
- Bermimpi memandikan binatang menandakan seseorang itu akan sakit atau mendapat kebinasaan atau kehilangan sesuatu
- Bermimpi melihat terlalu banyak ayam di bawah rumah anda atau di dalam kampung anda akan beroleh orang gaji atau hamba yang baik
- Bermimpi bermain telor ayam menandakan anda akan berkawan dengan orang-orang jahat
- Bermimpi bermain dengan burung hantu di rumah atau berhampiran dengan rumah anda menandakan ahli keluarga anda akan meninggal dunia
- Bermimpi burung merak datang kepada anda lalu anda tangkapnya menandakan anda akan memperoleh kekayaan atau mendapat anak lelaki
- Bermimpi lebah, lalat atau nyamuk terlalu banyak alamatnya orang ramai akan berhijrah ke tempat anda
- Bermimpi burung terbang ke rumah anda kemudian terbang ke rumah orang lain menandakan anda akan berduka cita
- Bermimpi burung putih datang ke rumah menandakan anda akan memperoleh isteri yang budiman atau mendapat rezeki
- Bermimpi menunggang naga menandakan semua kehendak diperoleh
- Bermimpi dililit ular seluruh badan menandakan sesuatu yang buruk akan berlaku.
- Bermimpi kutu atau hama melekat di badan atau pakaian menandakan anda akan mendapat bencana
- Bermimpi disengat binatang bisa menandakan anda akan mendapat kecelakaan
- Bermimpi dipatuk ular seseorang itu akan mendapat suami atau isteri
- Bermimpi makan telor ayam, pisang atau minyak alamatnya akan memperoleh keuntungan
- Bermimpi memukat ikan alamatnya anda akan menjadi kaya atau mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda
- Bermimpi mencari burung alamatnya anda akan mendapat keuntungan dan dimurahkan rezeki
- Bermimpi mendapat terlalu banyak najis menandakan anda akan kekurangan harta
- Bermimpi mengenai najis besar menandakan anda akan mendapat kerugian
- Bermimpi makan tahi alamatnya anda akan memperoleh harta yang halal dan akan sembuh dari penyakit
- Bermimpi mencium bau kasturi atau anbar alamat orang itu akan sakit
- Bermimpi tubuh anda direnjis air mawar menandakan anda akan mendapat harta kekayaan yang halal.

Taksiran Mimpi - 2

Mimpi Berkaitan Alam Semulajadi Dan Tanaman

- Bermimpi mengenai batu-batu halus alamatnya anda akan terlepas dari kedukaan
- Bermimpi makan tanah liat anda akan mendapat harta
- Bermimpi emas yang banyak di dalam rumahnya alamatnya anda akan menjelaskan segala hutang piutang
- Bermimpi hujan turun dengan lebat, anda akan mendapat rezeki berlipat kali ganda dan memperoleh rezeki yang halal.
- Bermimpi bintang jatuh ke riba atau jatuh ke atas rumah menandakan anda akan memperoleh kejayaan dan dikurniakan anak yang baik.
- Bermimpi naik ke atas angin dan tetap di sana anda akan menjadi raja.
- Bermimpi melihat matahari dan bulan, bulan turun ke riba atau masuk ke lengan baju, anda akan memperolehi kejayaan di dunia.Sebaliknya jika melihat matahari terbelah dua atau hitam warnanya menandakan raja di negeri itu mati atau negeri itu akan mendapat huru-hara.
- Bermimpi mendengar halilintar atau guruh petir menandakan sesuatu yang tidak baik akan berlaku.
- Bermimpi tebu anda akan dimurahkan rezeki sebaliknya jika bermimpi menanam sesuatu tanaman kemudian tanaman itu tumbuh menandakan anda akan memperoleh untung yang banyak
- Bermimpi pohon gandum,padi atau kacang hidup dengan subur manandakan anda akan memperoleh rahmat allah, sebaliknya jika bermimpi menanam tanaman yang masam anda akan berduka-cita.
- Bermimpi menanam kapas anda akan mendapat untung
- Bermimpi air sungai mengalir dengan tenang menandakan anda akan terlepas dari bahaya.
- Bermimpi air sungai kering anda akan memperoleh kesakitan
- Bermimpi mandi dalam sungai menandakan anda akan beroleh rahmat
- Bermimpi menyelam dalam sungai yang airnya sejuk alamatnya anda akan beroleh nikmat di dunia dan akhirat
- Bermimpi air laut menjadi tawar atau manis anda akan memperoleh harta atau dijauhi dari sebarang bahaya.
- Bermimpi air terlalu panas menandakan anda akan berduka cita.
- Bermimpi makan buah timun alamatnya anda akan mendapat kebajikan atau berjumpa dengan orang yang mahir dalam ilmu pengetahuan
- Bermimpi mengenai buah delima manis anda akan memperoleh kebajikan dan keuntungan dalam perniagaan
- Bermimpi makan api memberi alamat beroleh isteri yang bijaksana
- Bermimpi tentang emas,perak atau timah menandakan kerja yang dilakukan tidak mendapat sebarang keuntungan
- Bermimpi emas bertahtakan permata anda akan mendapat kekayaan

Sabtu, 3 Oktober 2009

Taksiran Mimpi - 1

Mimpi Berkaitan Peristiwa Atau Kejadian

- Bermimpi menunaikan solat, akan sempurna kerja di dunia dan akhirat
- Bermimpi berlaku perang sabil atau anda akan menunaikan haji, dosa anda akan diampunkan dunia dan akhirat
- Bermimpi memasuki masjidil haram atau melakukan tawaf di baitulallah, anda akan mendapat pahala dan nikmat akhirat dan jika seseorang itu berada dalam kesakitan ia akan segera sembuh
- Bermimpi beri sedekah atau zakat fitrah, anda akan berasa suka cita dan aman bahagia
- Bermimpi memohon doa kepada Allah Taala atau membaca qur'an di rumah anda, anda akan terlepas daripada bahaya atau sempurna sesuatu pekerjaan yang dilakukan
- Jika bermimpi membaca qur'an dengan suara yang lanjut alamatnya panjang usia anda
- Jika bermimpi berpuasa, anda akan mendapat kekayaan atau menjadi orang yang berpakat besar
- Jika bermimpi diri anda dalam keadaan bersujud, anda akan bertapa
- Bermimpi sembahyangkan jenazah, anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat.
- Jika bermimpi melihat pelita atau sesuatu yang menyala menandakan pekerjaan yang anda lakukan tidak dapat dilakukan oleh orang lain
- Bermimpi diri atau rumah anda terbakar, anda akan mendapat ilmu kebajikan di dunia dan akhirat
- Jika bermimpi melihat jalan masuk ke kebun atau sesuatu kawasan, anda akan mendapat berita yang gembira
Jika bermimpi melihat jalan yang lurus, anda akan melakukan segala suruhan Allah Taala
- Jika bermimpi melihat jalan ke pekan memberi petunjuk anda akan mendapat keuntungan yang besar
- Jika bermimpi melihat jalan yang sempit, anda akan mengalami kesukaran
- Bermimpi perisai terlalu banyak di rumah anda, rumah anda dipelihara daripada sebarang kejahatan
- Bermimpi mengenai anak panah menandakan anda akan mendapat surat
- Jika bermimpi diri di panah orang, anda akan mengirim berita kepada orang
- Bermimpi memanah kayu menandakan akan berlaku kematian
- Bermimpi bermain besi memberi alamat sebarang pekerjaan yang dilakukan akan diakhiri dengan kejayaan
- Bermimpi bermain dengan senjata menandakan seseorang itu akan mendapat kebaikan daripada apa yang dilakukan untuk kebajikan
- Bermimpi mengenai permata membawa petanda anda akan mendapat harta atau kenaikan pangkat
- Bermimpi memakai gelang perak di kaki alamatnya anda akan mendapat kebajikan
- Bermimpi duit terbelah dua alamatnya anda akan bergaduh
- Bermimpi bertengkolok besar atau berbaju besar anda akan menjadi orang berpengaruh atau berpangkat besar
- Bermimpi berkain hijau alamatnya segala kerja yang dilakukan akan mendapat keredhaan Allah Taala.
- Bermimpi memakai kain memberi alamat anda akan mendapat keuntungan yang besar
- Jika bermimpi kain di pinggang terkoyak alamat keluarganya akan mati dan kalau terkoyak baju alamat kematiannya
- Bermimpi mengenai bunyi gendang di dalam rumah alamatnya pekerjaan anda diberkati
- Jika bermimpi bunyi rebab alamat beroleh kegembiraan dalam hidup
- Jika bermimpi makan kuih apam alamatnya anda akan mendapat harta dan jika makan sehidangan dengan raja atau orang besar kehendak anda akan tercapai
- Bermimpi makan gula alamatnya seseorang akan berduka cita
- Bermimpi makan makanan masam, anda akan sakit atau berduka cita
- Jika bermimpi memakan ubat alamatnya anda akan berada dalam keadaan aman dan sentosa
- Sekiranya bermimpi diri anda telah sembuh dari demam, menandakan cita-cita anda akan berjaya..
- Jika bermimpi muka anda merah atau hitam menandakan anda akan mendapat bahaya.
- Jika bermimpi gigi anda patah menandakan saudara anda akan mendapat kemalangan atau mati.
- Jika bermimpi diri anda dipukul orang atau mengalami perdarahan menandakan anda akan kehilangan harta.
- Jika bermimpi dimarahi guru, menandakan anda akan dimurkai oleh orang-orang besar.
- Jika bermimpi rumah anda atau rumah orang lain runtuh alamatnya anda akan difitnah.
- Jika bermimpi naik ke rumah besar atau mahligai yang indah anda akan memperoleh kebesaran di dunia dan akhirat.
- Jika bermimpi membuat rumah atau dinding alamatnya anda akan memperolehi kekayaan dan selamat dalam kerjaya anda.
- Jika bermimpi melihat rumah yang tinggi menandakan anda akan berkawan dengan orang jahat
- Bermimpi tangga rumah patah menandakan anda akan dikhianati
- Bermimpi anda berwudhuk alamatnya pekerjaan anda akan sempurna
- Jika bermimpi tidak boleh berenang atau sesak nafas yang teramat sangat menandakan anda akan memperoleh harta atau ilmu
- Bermimpi berjalan atau berlayar ke sesuatu tempat yang jauh menandakan anda akan dipermuliakan orang
- Bermimpikan ayam sabung menyambung menandakan anak lelaki anda akan berkawan dengan orang baik
- Jika bermimpi melihat Allah Taala dengan ketiadaan yang menyerupai baginya dengan sesuatu , segala kehendak akan diperolehnya dan dialah Wali Allah yang beroleh kebesaran di dunia dan akhirat.
- Bermimpi melihat Rasulullah s.a.w anda akan masuk syurga
- Jika bermimpi melihat malaikat Jibrail a.s datang kepada anda, anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat
- Jika di dalam mimpi seseorang itu melihat titian siratulmustaqim, seseorang itu akan mendapat pekerjaan yang baik dan dijauhi daripada kejahatan
- Sekiranya bermimpi melihat pendita atau fakir, anda akan dikurniakan sesuatu oleh Allah s.a.w
- Sekiranya bermimpi melihat lelaki lebih ramai daripada perempuan menandakan anda akan mendapat kebajikan
- Jika bermimpi memegang dakwat atau kalam, alamatnya anda akan memperoleh isteri, ilmu dan harta yang halal
- Jika bermimpi mata atau tubuh anda bercahaya alamatnya anda akan memperoleh kebajikan dengan sempurna
- Jika bermimpi mencukur bulu ketiak menandakan anda akan terlepas dari harta yang ditanggung
- Jika bermimpi berjumpa dengan orang alim alamatnya anda akan menjadi penghulu besar
- Jika bermimpi memotong rambut menandakan anda akan bercerai dengan isteri
- Bermimpi membuang darah menandakan anda akan sembuh dari penyakit
- Jika bermimpi paras anda mempunyai perempuan alamatnya anda akan memperoleh harta atau anak
- Jika bermimpi diri anda mati menandakan anda akan panjang umur tetapi jika bermimpi mati hidup semula alamatnya kehendak anda akan diperoleh
- Bermimpi dibawa ke kubur alamatnya anda akan beroleh kekayaan
- Jika bermimpi kanak-kanak datang kepada anda menandakan anda akan memperoleh harta yang banyak

Jumaat, 2 Oktober 2009

Adab Beri Salam

Pagi semlm dengar radio ikim (91.50 fm), Ustaz Zawawi...citer tentang sunnah Rasulallah S.A.W.

Antaranya tentang bab memberi salam.
Baginda memberi salam dengan lafaz "assalamualaikum" dan menjawab salam dari para sahabat dengan salam yang penuh "waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh"

Beri salam - "assalamualaikum"
Jawab salam - "waalaikumussalam warahmatulallah hiwabarakatuh"

Apabila kira berkirim salam pada org lain, hendaklah kita berkata "Kirim salam assalamualaikum pada Anis ye" contoh lerr ..
Bukannya : "Kirim salam kat Anis ye"
Dan bukannya " Kirim salam maut" statement ini adalah berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Semoga ada manfaat.

Subject: "Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot"
Maksud singkatan " A'kum"

Assalamu'alaikum

Untuk renungan bersama :

Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.
Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan
perkataan "Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum. Sesamalah kita memberitahu member2 yang selalu sangat guna shortform A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud
'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG2 SESAT'.

Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan dia
guna "Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum.
Semoga ada manfaatnya.

Kalau ada kemuskilan berjumpalah yang pakar dalam bidang ni....

Amin.....

Resepi :- Mee Hailam

Bahan-bahan :

600 gm mee kuning
100 gm daging [dihiris nipis]
100 gm isi ayam [dihiris nipis]
100 gm udang
250 gm sawi hijau [dipotong kecil]
100 gm bunga kubis [dihiris]
100 gm kobis [dihiris]
2 biji telur ayam
1 biji cili merah [dimayang]
1 sudu besar lada hitam
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap pekat
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar minyak
1 cawan air
4 ulas bawang putih [diketuk]

Bahan Hias:

3 batang daun sup ]
3 batang daun bawang ] potong pendek
garam [jika perlu]

Cara memasak :

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga wangi.
2. Masukkan daging dan air. Biarkan sehingga lembut.
3. Bila daging dah lembut masukkan ayam dan udang. Kacau rata.
4. Masukkan kicap, sos tomato, lada hitam dan mee kuning . Kacau rata.
5. Masukkan bahan sayuran lain dan telur. Biarkan telur keras dan kacau perlahan-lahan.
6. Angkat dan masukkan dalam pinggan dan taburkan daun sup & daun bawang.

Khamis, 1 Oktober 2009

Rahsia Peribadi Melalui Buah Kegemaran

Semua orang mempunyai buah kegemaran masing-masing. Menurut kajian, manusia mempunyai hubungan yang erat dengan alam semualajadi khususnya tumbuh-tumbuhan seperti buah-buahan. Terdapat 7 kategori buah-buahan yang mempengaruhi kehidupan manusia iaitu:

1. Jenis limau contohnya oren, lemon, limau nipis dan limau barli

- Kamu cenderung kepada warna-warna cerah dan gemarkan sesuatu yang mencabar.
- Rakan-rakan kamu pula gemar merujuk sesuatu perkara mahupun masalah kepada kamu. Ini kerana kamu sendiri mempunyai kemampuan dan kebolehan yang unik sehingga rakan-rakan kamu yakin dengan nasihat dan pandangan kamu itu.
- Orang luar sukar untuk menilai dan mengenal diri kamu yang sebenarnya. Mungkin mereka boleh mengenali kamu dengan lebih rapat, namun ia memakan masa yang agak lama.
- Kadangkala kamu hanya peruntukkan masa yang singkat untuk bersendirian.
- Kamu gemar berehat dan bersendirian hanya untuk tempoh seketika.
- Rakan kamu akan berasa senang dan tenang bila meluangkan masa dengan kamu.
- Kamu tergolong antara individu yang gemar bergembira dan menggunakan waktu yang terluang dengan sebaik mungkin melakukan perkara-perkara yang menyeronokkan kamu.

2. Buah-buahan tropika contohnya pisang, betik, jambu, kiwi dan nanas

- Kamu sukakan pengalaman yang baru.
- Kamu gemar mencuba pelbagai jenis buah2an dengan pelbagai perisa sebanyak dan sekerap yang boleh.
- Orang di sekeliling kamu selalu menghadapi masalah dengan kamu kerana cara hidup kamu yang terlalu aktif.
- Kamu tidak sukakan sesuatu yang melibatkan kesakitan pada emosi kamu.
- Kebiasaannya pasangan kamu terdiri daripada individu yang tenang berbanding kamu dan semestinya si dia menerima kamu seadanya.
- Kamu gemar meluangkan masa dengan individu yang akrab dengan kamu.
- Teman-teman beranggapan diri kamu seorang yang mudah didekati dan gemar berseronok. Hakikatnya kamu ada pendirian tersendiri.
- Kamu tidak suka menunjukkan kesedihan pada orang sekeliling.
- Simbol kamu itu melambangkan kamu seorang yang suka mengambil berat dan gemar berseronok.

3. Jenis buah ladang .Contohnya epal dan pear

- Kata kuncinya ialah kekuatan. Kamu bukan sahaja kuat pada diri sendiri tetapi kamu juga mampu menjadi tunjang kekuatan oleh individu yang berada di sekeliling kamu. Ini kerana kamu bijak membebaskan diri kamu dari tekanan hidup dan kamu sendiri tidak mudah mengalah.
- Sikap pentingkan diri sendiri tidak terkandung dalam keperibadian diri kamu. Kamu cenderung berdiri atas kaki sendiri, tidak bergantung harapan kepada orang lain untuk hidup.
- Ramai beranggapan kamu adalah seorang yang berpengetahuan luas dan itulah hakikatnya.
- Kamu gemar mencari ilmu dan berusaha melakukan sesuatu yang terbaik dalam kehidupan kamu berdasarkan pengetahuan yang dimiliki.
- Kejayaan pasti menyebelahi kamu dalam setiap yang kamu lakukan.

4. Jenis tembikai contohnya tembikai dan tembikai susu

- Seorang yang murah hati dan gemar menghulurkan bantuan kepada yang memerlukannya. Bagi kamu, wujudnya kepuasan apabila kamu berjaya membantu orang lain.
- Kamu berhati-hati dalam memilih tumbuh-tumbuhan yang ingin ditanam di kawasan tempat tinggal kamu.
- Kamu memiliki ramai teman rapat, ini kerana kamu memiliki keperibadian yang romantik.
- Kamu berusaha gigih bagi mengatasi kegagalan atau kekecewaan dalam hidup.
- Melambangkan seorang individu yang berhati-hati.

5. Buah-buahan jenis beri .Contohnya blackberi, blueberi, strawberi, rasberi, cranberi, anggur dan tomato

- Kamu gemarkan party dan keseronokan.
- Suka menggembirakan orang lain dan mudah mendapat teman baru kerana kamu seorang yang ramah.
- Kamu berusaha melakukan apa sahaja untuk menjadikan sesiapa sahaja sebagai teman.
- Bercita rasa unik hinggakan makanan yang menjadi pilihan kamu adalah terdiri daripada makanan yang berperasa lain daripada yang lain.
- Personaliti kamu sukar dinilai kerana wujudnya kepelbagaian personaliti dalam diri kamu. Walau bagaimanapun, keseluruhan personaliti ini saling berkait rapat dan sekali gus menonjolkan diri kamu yang unik dan memiliki keistimewaan tersendiri.
- Simbol kamu melambangkan kamu seorang yang berpesonaliti.

6. Jenis kekacang .Contohnya walnut, hazel, gajus dan lain2

- Seorang yang moody. Kekadang mood kamu berubah-ubah tanpa sebab.
- Ketegasan adalah lambang keperibadian kamu. Sekiranya kamu yakin kamu dipihak yang benar, kamu pasti berdegil dengan pendirian kamu itu. Orang yang berada di sekeliling kamu akan sentiasa bersikap lebih berhati-hati kerana kedegilan kamu itu.
- Kamu adalah individu yang setia. Sanggup mengetepikan teman-teman hanya kerana ingin meluangkan masa dengan si dia.
- Untuk mengenali kamu, seseorang itu perlu memperuntukkan waktu yang agak lama bagi memahami dan mengenali kamu dengan lebih dekat. Walau bagaimanapun, kesabaran dan kesungguhan individu itu pasti berhasil jua akhirnya.
- Simbol kamu ini membuktikan kamu adalah seorang yang berpendirian.

7. Buah2an jenis labu .Contohnya kundur

- Kamu seorang yang berpandangan jauh. Bagi kamu, wujudnya pelbagai perkara yang berlaku di dunia ini dan segala-galanya melebihi dariapa yang mampu manusia lihat. --- Kamu sering berperasaan curiga.
- Individu di sekeliling kamu seakan terkejut dengan pengetahuan yang kamu miliki. Boleh dikatakan setiap persoalan yang mampu kamu huraikan akan menjadi satu kejutan terhadap teman-teman.
- Mereka akan bergantung kepada kamu dan sikap ambil berat kamu itu pasti dihargai. -- Tekanan kerja yang kamu alami akan mendukacitakan kamu, tetapi lama kelamaan semangat kamu akan kembali pulih malah kamu lebih bersedia dalam menangani cabaran2 yang mendatang.
- Cenderung pada warna2 yang pelbagai.
- Kamu melambangkan diri kamu seorang yang bersopan santun dan memiliki hati yang lembut.

Walau apapun buah-buahan kegemaran anda, ia tidak semestinya sama dengan apa yang dinyatakan. Yang pastinya setiap orang mempunyai keperibadianya tersendiri. So...renung-renungkanlah ya....