Kelebihan Amalan Selawat setiap Hari
1. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.
2. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH
3. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran
4. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insya-Allah, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dan sebagainya dalam dirinya.
5. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari
6. Para ulama berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti dengan usaha yang berterusan.
7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya-Allah akan di kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
8. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah
9. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana kiraannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari KeredaanNya.
10. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya
11. Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan
12. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya dan Insya-Allah dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain
13. Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi
14. Sabda Nabi SAW: Barang siapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – Abu Naim
15. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW
16. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari Jumaat, insya-Allah akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang
Kelebihan Amalan Selawat Selepas Solat
17. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya daripada sebarang bencana
18. Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib
19. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu
20. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah
21. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya
Kelebihan Selawat dapat mengubat
22. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. Insya-Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh
23. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya