Memaparkan catatan dengan label Laman Petua. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Laman Petua. Papar semua catatan

Jumaat, 29 Jun 2012

Kentang Rebus Pekatkan Sup

Jika kita mengalami demam, sup adalah hidangan paling enak untuk dimakan. Sup ayam yang dibuat ada kalanya menjadi terlalu cair. Bagi memekatkan sup, masukkan sedikit kentang rebus yang telah dilecek ke dalam sup.
Biarkan seketika sehingga sup menjadi sedikit pekat, kemudian bolehlah dimakan seperti biasa.

Khamis, 17 Februari 2011

Petua Buang Angin Dalam Badan

Saya nak kongsi 1 petua dengan anda. Petua ni saya dapat hasil daripada pembacaan saya semasa berada di kampung.
Petuanya ialah petua bagaimana untuk mengurangkan masalah angin dalam badan.
Petua ini bersumberkan daripada kata-kata Saidina Ali Bin Abi Tholib karramallahuwajhah.

Saidina Ali berkata ;“Apabila anda hendak makan epal, hidulah baunya dan kemudian barulah makan epal tersebut.
Kerana apabila anda melakukan demikian, setiap penyakit dan bahaya akan dihilangkan dari tubuh anda dan segala sesuatu yang disebabkan oleh ANGIN akan lenyap.”

Epal berkhasiat membuang angin dalam badan. Haaa, mudah saja petua Saidini Ali ni kan.

Apa yang perlu anda buat ialah,
1. Cium atau hidu lah bau epal.  
2. Kemudian, makanlah epal tersebut.

Pastikan anda hidu atau cium dulu bau epal sebelum makan. Itulah petua yang diajarkan oleh Saidina Ali karramallahu wajhah..

Khamis, 23 September 2010

Limau Nipis Penawar Sakit Kepala

Perah sebiji limau nipis dan gosokkan pada kulit kepala yang telah dibasahi
dengan air. Biarkan selama lima minit. Kemudian, perah dua biji limau nipis
ke dalam satu baldi air.
Mandi dengan menggunakan air perahan limau nipis ini tanpa membilasnya
 dengan air lain. Lakukan dua kali sehari sehingga sakit kepala
anda beransur hilang. 

Jumaat, 13 Ogos 2010

Kilatkan Sudu Dan Garpu

Rendamkan semua sudu dan garpu di dalam air asam jawa selama satu jam. Kemudian, keringkan dengan menggunakan kain lembut. Apabila kering, sapukan dengan sedikit minyak masak dan jemur seketika. Setelah kering, lap dengan kain bersih....
Selamat Mencuba...

Isnin, 26 Julai 2010

Mencantikkan kuku kaki

Setiap individu pasti mengimpikan kuku kaki yang bersih dan cantik. Untuk merealisasikannya, sapukan ubat gigi pada kuku kaki dan berus sehingga di celah kuku. Amalkan setiap hari atau setiap kali mandi. Hasilnya, kuku akan kelihatan bersih dan berseri.

Jumaat, 14 Mei 2010

Air Kelapa Lembapkan Wajah

Untuk mendapatkan wajah yang lembap secara semulajadi,
cuba amalkan petua ini.
Caranya, bersihkan wajah dengan air suam terlebih dahulu.
Setelah kering, cuci dengan menggunakan air kelapa muda.
Biar selama setengah jam dan bilas dengan air bersih.


Amalkan tiga kali seminggu hingga anda melihat hasilnya.

Rabu, 31 Mac 2010

Petua Untuk Mengandung

Kepada mereka yang sukar untuk mengandung walaupun telah lama kahwin.
Sila baca ‘post’ kali ini. Post kali ini menerangkan punca dan sebab-sebab mengapa anda sukar untuk mengandung. Ia juga memberikan beberapa nasihat yang patut anda amalkan dalam usaha untuk mendapatkan anak. Juga disertakan satu petua yang sangat baik untuk diamalkan.

Semoga arwah guru saya sentiasa dicucuri rahmatNya. Ilmu yang ingin saya kongsikan kali ini dipanjangkan untuk tatapan sekelian yang saya perolehi dahulu sewaktu arwah masih hidup.

Zaman moden kini ramai para isteri yang bekerja menambah pendapatan keluarga. Kewangan keluarga semakin meningkat namun seiring dengannya pula ialah peningkatan kesukaran untuk mendapatkan zuriat dalam bahasa mudah ialah susah untuk mengandung.

Bila timbul masalah ini, doktor pakar sakit puan sangat beruntung kerana mendapati bilangan mereka yang ingin berurusan begitu ramai sekali. Kos rawatan yang dikenakan pula ada yang melibatkan puluhan ribu ringgit dan itu pun belum pasti akan mengandung.

Jadilah wanita tersebut sebagai bahan ujikaji yang diberikan ubat ini dan itu serta pelbagai rawatan kesuburan lainnya.

Masalah menemui doktor sakit puan ini tidak begitu memudharatkan, ia hanya sekadar memudharatkan kewangan.

Salah seorang jiran saya sejak kebelakangan ini hampir setiap tahun menerima menantu. Sehingga kini 3 orang anaknya telah selamat melangsungkan perkahwinan mereka. Namun apa yang menyedihkan sekali ialah sehingga kini jiran saya ini belum mendapat pangkat datok kerana anak dan menantu mereka ini masih belum mengandung.

Di tempat kerja saya pula ramai pasangan yang lebih sepuluh tahun kahwin masih belum mendapat anak dan beberapa orang lain pula sudah lima tahun berkahwin juga masih belum mendapat anak. Ada seorang hamba Allah tu apabila saya nasihatkan agar semoga mudah mengandung begitu sombong sekali menolak nasihat saya dengan mencebikkan muka namun hakikatnya ialah sehingga saat ini beliau masih belum mengandung.

Pada hari raya aidilfitri lalu saya telah dikunjungi pasangan suami isteri rakan setugas saya. Dalam pertemuan tersebut sempatlah mereka mengadukan masalah mereka iaitu walaupun sudah lebih setahun berkahwin, isterinya masih belum mengandung. Kira-kira sebulan lepas iaitu kira-kira tiga bulan selepas kunjungan di aidilfitri sewaktu berselisih ditempat kerja, dengan begitu gembira suami pasangan ini mengucap kesyukuran dan terima kasih kerana isterinya baru disahkan mengandung. Alhamdulillah setelah kira-kira 3 bulan mengamalkan nasihat yang diberikan, isterinya telah mengandung.

Satu ketika sewaktu saya membeli belah dipasar raya Extra, saya merasa begitu sedih melihatkan seorang perempuan yang saya jangka seorang isteri sedang memasukkan jeruk anggur ke dalam bekas plastik. Saya merasa sedih kerana ini bakal menyusahkan perempuan ini untuk mengandung.

Saya memberanikan diri untuk mendekati wanita ini dan mula bertanya “suka makan jeruk?”

“Memang kegemaran saya” jawab wanita ini.

“Sudah berkahwin?” saya menambah.

“Sudah 3 tahun” wanita ini menjawab.

Tepat seperti jangkaan saya bahawa wanita ini sudah berkahwin.

“Berapa orang anak?” saya menyoal untuk mendapatkan kepastian hipotesis awal saya. Seperti yang saya jangkakan wanita ini menjawab ” belum dapat anak lagi”. Selepas mendapat fakta yang dikehendaki saya pun memulakan sesi nasihat semoga kelak beliau mendapat anugerah anak termasuklah memberhentikan tabiaat memakan jeruk yang baru sahaja dibeli. Semoga Allah memberikan wanita ini zuriat dari anak yang soleh. Amin.

Kepada anda yang ingin mengandung dan mendapatkan anak, saya sarankan agar anda mengamalkan nasihat berikut:

Elakkan:

· Minum coca cola, pepsi cola, minuman bergas


· Makan junk food


· Segala jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah seperti jeruk mangga dan ceremai


· Makan makanan fast food seperti KFC, Mc Donald dan piza


· Makan burger dan nugget


· Makan jambu batu

Suami pula dikehendaki meminum susu kambing/susu lembu tepung fullcream atau susu segar. Kalau merokok perlu berhentikan tabiaat ini. Si isteri juga kena minum susu lembu sama ada dalam bentuk tepung fullcream atau susu segar.

Dan adalah sangat digalakkan agar anda dapat mengamalkan amalan seperti tertulis dibawah ;
Banyakkan menyebut nama ALLAH (al-Musowwir).

Khamis, 4 Mac 2010

Petua Rumahtangga Bahagia

  1. Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.
  2. Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.
  3. Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.
  4. Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada dirumah bersama-samanya.
  5. Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.
  6. Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.
  7. Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.
  8. Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.
  9. Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).
  10. Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumahtangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.
  11. Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.
  12. Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar,seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.
  13. Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.
  14. Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.
  15. Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.
  16. Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian
  17. Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.
  18. Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.
  19. Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.
  20. Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.
  21. Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.
  22. Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga - merapatkan hubungan dan kemesraan.
  23. Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya."

Rabu, 3 Februari 2010

Petua :- Mengurangkan Bau Petai

Jika disebut sambal petai....., pasti ramai yang terliur. Namun, petai mengeluarkan bau yang kurang enak. Bagi mengatasinya, selepas memotong petai, rendamkan didalam air beras selama satu jam. Kemudian bersihkan seperti biasa.

Selasa, 19 Januari 2010

Petua : Memilih Ikan Segar



Bagi menggelakkan anda terbeli ikan lama,
cuba perhatikan perkara berikut ketika memilih ikan.
Pastikan insang ikan masih merah atau mata ikan masih jernih.
Selain itu, tekan sedikit dagingnya dengan jari anda.
Ikan segar tidak akan meninggalkan kesan di tempat yang ditekan.

Selasa, 29 Disember 2009

Petua :- Daging



Tahukah anda bagaimana untuk melembutkan daging....

Campurkan beberapa helai daun betik muda ke dalam masakan daging. Daging akan menjadi lebih lembut dan berperisa. Anda juga boleh menggantikan daun betik muda dengan isi betik muda ketika memasak daging. Yang hebatnya, cara ini sihat kerana betik yang belum masak amat bekhasiat dengan vitamin A, B, C dan D. Betik juga baik untuk pembersihan hati dan membantu penghadaman.

Petua : Nasi


Sekiranya nasi tidak masak dengan sempurna, lakukan seperti berikut :-




Masalah 1 :-
Nasi masih mentah atau keras di tengah-tengah.
Penyelesaian :-
Masukkan air sekadar cukup untuk menghasilkan sedikit wap, 1/4 cawan atau kurang. Tutup periuk dan masak lagi dengan api kecil selama 5 minit.

Masalah 2 :-
Nasi sudah masak tetapi terlalu berair (Nasi Lembik)
Penyelesaian :-
Buka tudung periuk dan masak dengan api kecil untuk mengeringkan air. Boleh juga senduk nasi ke atas alas pembakar dan keringkan dalam ketuhar pada suhu yang rendah.

Masalah 3 :-
Nasi di bahagian bawah periuk hangus.
Penyelesaian :-
Curahkan air sejuk di bahagian bawah periuk untuk menggelakkan bau hangit daripada meresap ke bahagian nasi elok (jangan tambah air kepada nasi tersebut). Senduk keluar sebanyak mungkin nasi yang tidak hangit.

Khamis, 24 Disember 2009

Petua : Luka Bersalin

Bagi ibu-ibu yang baru bersalin, petua untuk menyembuhkan luka dengan cepat seperti berikut :-

- Rebus segenggam daun jambu batu muda sehingga mendidih. Apabila suam, gunakan air ini untuk mencuci di bahagian sulit. Lakukan dua atau tiga kali sehari hingga luka sembuh.

- Ikan haruan dipotong dan dicuci bersih. Rebus bersama halia, beberapa biji lada hitam dan sedikit garam. Makan bersama nasi atau dibuat sup.

- Rebus gamat dengan air yang banyak hingga mendidih. Sejukkan dan minum airnya atau sapukan di tempat yang luka.

- Campurkan biji kani, halia, akar kayu dengan air. Rebus kesemua bahan tadi sehingga mendidih. Dalam keadaan masih panas(suam), minum air rebusan tersebut. Amalkan setiap hari.

- Minumlah air rebusan daun pegaga setiap hari. Selain daripada direbus, daun pegaga juga boleh dibuat ulam. Makanlah bersama garam dan lada hitam yang ditumbuk halus.

Membanyakkan Air Susu Badan Selepas Bersalin

- Jika anda mengalami masalah kekurangan air susu badan terutama selepas bersalin, amalkan petua ini:-

- Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setaip hari.

- Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari.

- Parut lobak putih dan kisar hingga halus. Campurkan dengan satu gelas air suam. Minum dua kali sehari.

- Rebus jantung pisang dan makan sebagai ulam dengan nasi

Isnin, 23 November 2009

Laman Petua - Beras


Membersihkan Beras :-Jangan dibasuh beras lebih dari tiga kali kerana ia akan mengurangkan kanji dan khasiatnya akan hilang.
--------------------------------------------------------------------------------
Beras Tidak berkutu:-Masukkan beberapa tangkai cili kering atau serai ke dalam bekas beras. Hasilnya beras tidak akan berkutu dan sebaliknya berbau wangi.
--------------------------------------------------------------------------------
Menghilangkan Hapak Beras :-Caranya ialah dengan membasuh dan masak beras itu seperti biasa di dalam periuk. Apabila airnya kering, masukkan sehelai daun pandan ke dalamnya.
--------------------------------------------------------------------------------
Beras Tidak Bermutu:-Kalau anda tersilap membeli beras dan mendapatinya kurang enak dan tidak bermutu, cubalah petua ini untuk mengatasinya :-
Goreng beras tanpa minyak dan rendam dalam air beberapa minit. Masaklah seperti biasa. Nasi akan menjadi lembut dan sedap di makan.

Isnin, 12 Oktober 2009

Petua : Sakit Mata

Baru-baru nie...one family ai kena sakit mata...firstly yg kena my son...after that my daughter..and then ai..lps tu hubby...

Paling teruk yang kena ai la..sampai bledding..keluar airmata darah...perit dan pedih..tak terkira...sampai nak bukak mata pun susah...

Klu bangun tidur pagi...lagi la payah nak bukak mata...

Selain dari jumpa doctor...ai ada beberapa petua yang mungkin boleh dimanfaatkan bersama sekiranya mengalami sakit yang berkaitan dengan mata.

Sakit Mata
1. Jika anda mengalami sakit mata, cubalah petua ini, titiskan embun pagi ke mata setiap hari.
2. Tumbuk daun bunga melati hingga lumat, kemudian tampalkan di sekeliling mata. Insya-Allah sakit mata akan berkurangan.
3. Masukkan satu sudu besar garam ke dalam besen yang berisi air. Kacau garam hingga hancur. Kemudian pejam dan celikkan mata anda dalam air tersebut.
4. Rebus sedikit akar bunga raya putih, sejukkan dan titiskan ke mata.
5. Ambil sedikit susu ibu, kemudian titiskan ke mata setiap hari sehingga mata sembuh.

Gatal Mata
Ramas beberapa helai daun sirih dan rendam dalam air suam selama 10 minit. Tapis air tersebut. Kemudian cuci mata anda sehingga rasa gatalnya berkurangan.

Mata Terkena Cabai
Jika mata anda terkena cabai, jangan panik. Ambil secubit garam kemudian kunyah. Rasa pedih akan beransur kurang.

Mata Ditumbuhi Ketumbit
Gesel dua batang sudu, kemudian sapukan bahagian yang digesel di tempat yang ditumbuhi ketumbit. Lakukan sekali sehari sehingga ketumbit hilang.

Rabu, 30 September 2009

Petua :- Daging Ayam


Hilangkan Bau Hanyir Daging Ayam

Daging ayam yang di simpan lama akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Kesegarannya juga akan berkurangan.

Cara untuk menghilangkan baunya ialah :-

a) Ayam dipotong dan dibersihkan.
b) Gaulkan ayam itu dengan sedikit tepung gandum. Perapkan seketika.
c) Kemudian bersihkan ayam itu dengan air. Lemaknya akan keluar dan bau hanyirnya akan tiada lagi.

Antara cara lain :-

a) Hiriskan dua ulas bawang putih.
b) Sewaktu menggoreng ayam, masukkan bawang putih tadi.

Hilangkan Hanyir Hati Ayam

Bersihkan hati ayam dengan tepung gandum. Setelah dibersihkan dengan air, gaulkan pula dengan gula pasir. Perapkan selama 10 minit. Kemudian dicuci bersih dengan air dan bolehlah dimasak.



Melembutkan Daging Ayam

Terdapat pelbagai cara untuk melembutkan daging ayam terutamanya daging ayam tua..
Antara caranya ialah :-

a) Tumbuk setengah sudu kecil lada hitam dan sedikit halia. Rebus bahan ini bersama ayam sehingga lembut. Setelah ayam dicuci bersih, gaulkan dengan tepung beras. Kemudian goreng ayam ini.
b) Daun nangka boleh melembutkan daging ayam yang liat. Ketika memasak ayam, masukkan beberapa helai daun nangka kedalamnya.
c) Ketika memasak ayam kampung, masukkan beberapa potong tempe. Ayam akan cepat empuk.
d) Masukkan daun betik ketika merebus ayam itu.
e) Masukkan beberapa keping tempurung kelapa tua ketika merebus ayam.