Sesuatu yang tak disangka, seringkali mendatangi kita itukah suratan dalam kehidupan atau hanya satu kebetulan.
Rabu, 30 September 2009
Petua :- Daging Ayam
Hilangkan Bau Hanyir Daging Ayam
Daging ayam yang di simpan lama akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Kesegarannya juga akan berkurangan.
Cara untuk menghilangkan baunya ialah :-
a) Ayam dipotong dan dibersihkan.
b) Gaulkan ayam itu dengan sedikit tepung gandum. Perapkan seketika.
c) Kemudian bersihkan ayam itu dengan air. Lemaknya akan keluar dan bau hanyirnya akan tiada lagi.
Antara cara lain :-
a) Hiriskan dua ulas bawang putih.
b) Sewaktu menggoreng ayam, masukkan bawang putih tadi.
Hilangkan Hanyir Hati Ayam
Bersihkan hati ayam dengan tepung gandum. Setelah dibersihkan dengan air, gaulkan pula dengan gula pasir. Perapkan selama 10 minit. Kemudian dicuci bersih dengan air dan bolehlah dimasak.
Melembutkan Daging Ayam
Terdapat pelbagai cara untuk melembutkan daging ayam terutamanya daging ayam tua..
Antara caranya ialah :-
a) Tumbuk setengah sudu kecil lada hitam dan sedikit halia. Rebus bahan ini bersama ayam sehingga lembut. Setelah ayam dicuci bersih, gaulkan dengan tepung beras. Kemudian goreng ayam ini.
b) Daun nangka boleh melembutkan daging ayam yang liat. Ketika memasak ayam, masukkan beberapa helai daun nangka kedalamnya.
c) Ketika memasak ayam kampung, masukkan beberapa potong tempe. Ayam akan cepat empuk.
d) Masukkan daun betik ketika merebus ayam itu.
e) Masukkan beberapa keping tempurung kelapa tua ketika merebus ayam.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan