Jumaat, 29 Januari 2010

Al-Fatihah.....

24hb January 2010...bersamaan 8 Safar 1431 Hijrah....tepat pukul 11.50pm....aku telah kehilangan orang yang amat aku sayangi.....pada tarikh itu...emak telah pergi menyahut panggilan Illahi...

Pada hari Ahad itu...aku telah menjemput beberapa kaum ibu untuk bersama-sama aku membacakan Yassin untuk emak...dengan niat agar kesakitan yang ditanggungnya akan berkurangan.

Lewat petang itu, aku lihat perubahan pada wajah dan suhu badannya yang semakin lemah....aku mengajarnya mengucap dan beristifar berulangkali......kemudian keadaannya menjadi stabil semula...hinggalah ke malam.....kerana malam yg semakin larut...dan memandangkan esok Ayna bersekolah...aku mengajak Zul..untuk pulang kerumah....

Sebelum pulang...aku sempat membisikkan kalimah syadah dan selawat ketelinga emak...sambil memohon kemaafan dan meminta emak menghalalkan susu, makan dan minum sepanjang aku bersamanya....aku juga mengatakan yang aku redha...sekiranya Dia ingin mengambil emak dari kami semua....

Setiba dirumah...ketika aku sedang menghidangkan makan malam utk Zul....aku menerima panggilan mengatakan emak telah pergi meninggalkan kami semua. Aku terkedu dan tak mampu untuk berbuat apa lagi...hanya airmata yang mengiringi berita itu. Aku pengsan....

Aku hanya sedar lewat pukul 5 pagi...dikejutkan Zul....untuk kerumah mak....Setibanya aku disana....hanya airmata adik-beradik yg menyambut aku....Aku cuba bersikap tenang dan terima segalanya dengan redha.
Hanya Allah yang maha mengetahui perasaan aku ketika itu....

Sesungguh aku pasrah dan redha dengan ketentuanNya. Doaku "Semoga roh emak ditempatkan disamping orang-orang yang beriman dan mendapat keredhaNya...PadaMu Ya Allah....ampuni dosa ibuku...dan tempatkan dia disamping org-org yg Kau redhai....AMIN...." AL-FATIHAH....

Ida sayang emak......terima kasih diatas segalanya.

Pelajaran Dari Iman Al Ghazali

PESANAN

Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1: Orang tua
Murid 2: Guru
Murid 3: Teman
Murid 4: Kaum kerabat
Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI.
Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati
( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Murid 1: Negeri Cina
Murid 2: Bulan
Murid 3: Matahari
Murid 4: Bintang-bintang
Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU.
Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Imam Ghazali: Apa yang paling besar didunia ini ?
Murid 1: Gunung
Murid 2: Matahari
Murid 3: Bumi
Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU
(Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

IMAM GHAZALI Apa yang paling berat didunia?
Murid 1: Baja
Murid 2: Besi
Murid 3: Gajah
Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling be! rat adalah MEMEGANG AMANAH
(Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?
Murid 1: Kapas
Murid 2: Angin
Murid 3: Debu
Murid 4: Daun-daun
Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat

Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?
Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang
Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ! ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hatidan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Selasa, 19 Januari 2010

Resepi : Salad Kentang Kari


Petua : Memilih Ikan Segar



Bagi menggelakkan anda terbeli ikan lama,
cuba perhatikan perkara berikut ketika memilih ikan.
Pastikan insang ikan masih merah atau mata ikan masih jernih.
Selain itu, tekan sedikit dagingnya dengan jari anda.
Ikan segar tidak akan meninggalkan kesan di tempat yang ditekan.

Selasa, 12 Januari 2010

Jenis Darah

Rahsia di sebalik Jenis Darah....


Darah yang mengalir...
Apakah jenis darah anda?
A? B? AB? O?

Adakah anda percaya jika saya katakan bahawa memang ada rahsia disebalik jenis darah anda? Tahukah anda banyak kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa jenis darah dapat memberikan gambaran tentang perangai dan sifat seseorang itu?

Berikut ini saya kongsikan dengan anda RAHSIA yang terselindung disebalik jenis-jenis darah.

JENIS DARAH O

Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri.

Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan.

Sekiranya menginginkan sesuatu, anda akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun.

Ada kalanya anda dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu anda juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri anda sendiri.

Oleh yang demikian anda harus lebih bijak mengawal emosi diri anda agar tidak dikuasai dengan tekanan.

JENIS DARAH A

Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup anda. Anda gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan anda juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan.

Anda bijak bergaul dengan individu di sekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan anda.

Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri anda itu melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya anda agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat.

Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja anda itu, kesihatan diri pula yang terabai.

JENIS DARAH B

Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan anda. Anda lebih selesa dengan kesederhanaan.

Dalam perhubungan pula anda adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya dengan cara anda sendiri.

Anda adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri anda untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.

Anda adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap anda yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Anda harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

JENIS DARAH AB

Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini.

Anda juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling anda berasa selesa untuk berdampingan dengan anda.

Anda juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria. Namun ada satu perkara yang harus anda perbaiki dalam diri anda itu. Anda perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri anda sendiri.

Anda percaya....?
Terpulanglah pada anda untuk menilainya sendiri…

Lipstick Information

TOXIC LIPSTICK


Something to consider. Next time you go shopping for Lipstick .....This comes from someone.. Who works in the breast cancer unit at Mt. Sinai Hospital, in Toronto .
From: Dr. Nahid Neman

If there is a female you care anything about, Share this with her. I did!!!!! I am also sharing this with the males on my e-mail list, Because they need to tell the females THEY care about as well! Recently a lipstick brand called 'Red Earth' Decreased their prices from $67 to $9.90. It contained lead. Lead is a chemical which causes cancer.

The lipstick brands that contain lead are: CHRISTIAN DIOR LANCÔME CLINIQUE Y.S.L ESTEE LAUDER SHISEIDO RED EARTH (Lip Gloss) CHANEL (Lip Conditioner) MARKET AMERICA-MOTNES LIPSTICK. The higher the lead content, The greater the chance of causing cancer. After doing a test on lipsticks, It was found that the Y.S.L. Lipstick Contained the most amount of lead. Watch out for those lipsticks Which are supposed to stay longer. If your lipstick stays longer, it is because of the higher content of lead.

Here is the test you can do yourself:

1. Put some lipstick on your hand.

2. Use a Gold ring to scratch on the lipstick.

3. If the lipstick colour changes to black, Then you know the lipstick contains lead.

This information is being circulated at Walter Reed Army Medical Centre Dioxin Carcinogens cause.

Isnin, 11 Januari 2010

Rahsia Tarikh Lahir - Bulan Januari

JANUARI

* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius
* Suka melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
* Peka dengan setiap yang dibuat nampak keuntungan
* Suka smart, kemas dan teratur
* Sensitif, berfikiran mendalam
* Pandai mengambil hati orang lain
* Pendiam kecuali setelah dirangsang
* Agak pemalu, daya tumpuan yang sangat tinggi
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri
* Badan sehat tetapi mudah diserang selesema
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkanya
* Cukup sayang kepada kanak-kanak
* Suka duduk di rumah
* Setia pada segalanya rajin belajar dan kemahiran sosial
* Sikap cemburu yang sangat tinggi

January Baby

Pretty/handsome.
Loves to dress up.
Easily bored.
Fussy.
Seldom shows emotions.
Takes time torecover when hurt..
Sensitive.
Down-to-Earth.
Stubborn.

Ilmu Untuk Dikongsi..

Pesanan terbaik dari seorang rakan.....

Just wanna share with everyone kisah benar yang dilalui. Baru- baru ni ketika nak ke Surau berdekatan dgn rumah untuk sembahyang Isyak, seorang pak cik berjanggut putih dan berjubah putih dari jauh melemparkan senyum kepada. Kerana masih ada banyak waktu, saya tunggu pak cik berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak saya kenali itu. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau.

Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam. Orangnya sudah berumur. Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan. Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik. Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada tiga surah yang beliau 'pegang' betul-betul , dan beliau nasihatkan saya supaya pegang betul-betul juga. Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul.

Pertama, kata beliau, surah Al-Fatihah.
Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalan yang betul. Mudah-mudahan dengan 'menjaga' bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita, kata pakcik.

Kedua, Surah Al-Ikhlas.
Surah ini, katanya surah tauhid..
Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas.

Ketiga, surah Al-Kafirun.
Bahagian ini, menarik sikit. Pak cik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak saya mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman globalisasi, anak saya mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana.

Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat, kata pak cik. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar 'untukmu agamamu, untukku agamaku' .

Betul juga, fikir saya. Kemudian, pak cik cakap ada satu lagi perkara yang saya mesti pegang.
Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan.

Pertama - Kekuatan minda
Minda ialah ilmu, kata pak cik. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan sebagainya, kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.

Kedua - kekuatan hati
Hati ialah iman, kata pak cik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kalau minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman.

Ketiga -  kuat fizikal
Pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda, kata pak cik. Kalau pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang.

Habis saja pak cik cakap pasal tiga surah dan tiga kekuatan, beliau minta diri dan hilang dari pandangan saya setiba nya di surau tersebut.
Terima kasih kepada pak cik berjanggut tu. Sebelum itu beliau berpesan agar saya sebarkan kepada yang lain. Pesanannya memang baik untuk saya sampaikan.

Iqra'.....!

Take a break…….meditate…3 minutes & calm your mind…

Surah Al-Ikhlas.

1. Katakanlah (wahai Muhammad); ' (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
2. 'Allah Yang menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
3. 'Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
4. 'Dan tidak ada sesiapa pun yang setara dengan-Nya'.

Bayangkan betapa besarnya RAHMAT yang Allah turunkan. Insya'Allah.

Reposted From :- Nor Idayu Suwarni

Early Wrinkles?


Selasa, 5 Januari 2010

Tahun 2010....

Selamat Menyambut 2010...
Semoga tahun ini akan membawa lebih rezeki dan kejayaan buat kita semua.

Semoga apa yang telah kita rancangkan tahun lepas..dapat kita penuhi
pada tahun nie...(andainya tahun lepas..kita gagal melaksanakannya)