Jumaat, 29 Jun 2012

Offer Letter....

Baru-baru ini..Fida ada pergi interview kerja. Tempatnya memang berdekatan dengan rumah.

Setelah seminggu berlalu, Fida dapat tawaran kerja tu...:)

Tapi bila dibelek dan dibaca offer letter tu...kenapa apa yang dijanji mulut tak sama dengan apa ditulis kat offer letter tu. Dan tak ada maklumat terperinci mengenai benefit-benefit yang ditawarkan.

Gaji....gaji yg ditawarkan sama dengan gaji yang Fida dapat sekarang....Bila difikirkan semula...September kat sana..Fida dapat gaji sekarang...tp dicompany sini..bulan September..dapat kenaikan gaji. Dan kenaikan gaji kat sini...Alhamdullillah, tinggi jugak.

Bonus...Kat sini memang confirm dapat setiap awal tahun. Tapi disana..bonus bergantung pada keuntungan Syarikat.

Overtime...sana boleh claim tapi kat sini tak boleh claim. Cuma boleh dapat time in lieu.

Claim perubatan...kat sini boleh claim untuk family. Tapi kat sana...hanya claim untuk staff saja...dan claim tak boleh lebih dari RM30.

Buntu fikiran...sukarnya nak buat keputusan.....

Tiada ulasan: