Jumaat, 30 Oktober 2009

Kitakah antaranya?

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya
seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk- numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Rabu, 28 Oktober 2009

Asas-asas kebahagian

Alam perkahwinan diibaratkan sebagai mengharungi samudera luas, penuh gelombang dan pukulan ombak yang dahsyat. Namun segala cabaran dan lambungan badai bakal diharungi dengan selamat jika telah sedia lengkap segala pengetahuan dan pedoman bagi setiap pasangan. Dengan ini kebahagian bakal terus dapat dipertahankan.

Bermula dari perkongsian matlamat hidup dalam berkeluarga. Saling memahami dan mencapai kata sepakat dari segenap sudut dan aspek. Secara amnya, berkomunikasi secara baik dan bersikap terbuka.

Saling memeterai cinta sejati dan abadi. Memberi sepenuh rasa kasih yang tidak berbelah bahagi. Bersangka baik dan yakin pasangan sendiri adalah pilihan paling tepat.

Jujur, punya jati diri, berwawasan dan cenderung positif dalam kehidupan.

Memperkasakan diri dan hati. Pegangan agama sebagai benteng pertahanan agar tidak terpesong daripada landasan. Terus memupuk nilai-nilai keluarga yang sihat. Sentiasa elakkan konfrantasi.

Perilaku anggun terpuji. Mencari keserasian dan menilai kufu. Menyesuaikan diri dengan persekitaran, latar belakang dan asal keturunan pasangan. Saling mengorbankan tabiat yang tidak disenangi dan menjadi seseorang yang paling ideal di mata pasangan.

Bertolak ansur. Mengutamakan keperluan pasangan selagi tidak melampaui had, menyalahi hukum agama dan hukum alam. Cari kesepakatan dalam apa jua perkara. Sabar, tenang dan bersikap lunak adalah jawapan kepada kemarahan, pertengkaran dan pergaduhan.

Menilai dan mengawal tindakan diri sendiri. Berfikiran lebih waras apabila mengalami gangguan emosi. Mengatasi ketegangan dengan senyuman.

Saling memaafkan, tidak berdendam. Mulakan dengan pujian apabila mahu menegur kelemahan pasangan. Lakukan dengan keikhlasan agar tidak menyentuh hati dan emosi.

Jangan mulakan mukadimah ketidakwajaran. Ingatlah, cinta yang telah dibina perlu dipenuhi dengan keikhlasan, kejujuran dan nilai-nilai murni. Jangan sesekali memulakan sesuatu yang boleh membawa petaka dan bencana pada perhubungan, terutama kemunculan cinta ketiga (main kayu tiga). Ini adalah punca keretakan, kehidupan yang goyah serta tiada lagi rasa bahagia dalam keluarga dan rumahtangga.

Perkahwinan adalah kesedian hati. Sentiasa salurkan cinta sebagaimana ia bermula. Kecemerlangan terletak pada kualiti pasangan yang menerajuinya.

Semoga kebahagian ini milik kita dan ia berkekalan. AMIN...AMIN....AMIN...






Selasa, 27 Oktober 2009

Info Rumahtangga

Cium sebelum pergi kerja (pasangan Kahwin)

Tapi tak semestinya pergi kerja je kena salam, nak kemana-manapon, bila kena berjauhan ngan suami dan anak2.

Untuk makluman semua. Saya dapat e-mail ni dari kawan. Dalam Majalah Seri Dewi dan Keluarga keluaran Mei atau Jun 2004(gambar muka depan Siti Sharizah), ada dimuatkan tulisan yang mengenai ciuman 10 saat untuk suami.

Di dalam artikel itu, dinyatakan mengikut kajian yang dilakukan oleh pakar, para2 suami yang dicium oleh isteri mereka sebelum pergi bekerja mempunyai peratusan yang tinggi untukmendapatkan kenaikan pangkat. Bukan setakat itu sahaja, suami yang dicium isteri mengikut kajian dapat memanjangkan jangka hayat umurnya sebanyak 5 tahun.

Dan ada satu lagi fakta yang lebih menarik, proses berulangan diwaktu pagi ini dapat mengurangkan risiko suami mengubah haluan ke arah wanita lain. Kalau nak tahu details, kena baca sendiri le.

Ini adalah satu fakta yang menarik dan dikeluarkan atas dasar kajian yang telah dilakukan. Sudah pastinya, kesahihannya tidak dapat disahkan secara100% peratus tetapi ianya adalah satu fakta yang harus diambil kira.

Terutama kepada para2 isteri yang tidak menganggap perkara ini adalah suatu perkara yang membantu dalam hubungan rumahtangga. .
Saya tidak nafikan, ramai pasangan suami-isteri yang menunjukkan pasangan bahagia dan romantik sebelum mereka berpisah untuk ke tempat kerjamasing- masing.

Kebanyakannya mencium tangan suami mereka, ada juga yang mencium pipi suami dan ada dengan berbagai gelagat lagi.

Tapi saya yakin tidak semua pasangan yang melakukannya. Lebih2 lagi bab mencium pipi suami ini. Dan yang disarankan adalah selama 10 saat. Dalam kes ini, saya ingin menceritakan kisah saya. Setelah membaca artikel tersebut (yang ditulis oleh seorang lelaki), hati saya begitu berkobar-kobar untuk menpraktikkannya, lebih-lebih lagi apabila mengenangkan kelebihan2 ciuman ini.

Namun, saya agak malu dan tidak pasti samada suami boleh menerimanya atau tidak. Kerana pada anggapan saya, orang lelaki ni ada yang tak begitu suka menzahirkan hubungan kasih sayang dengan isterinya especially di hadapan orang. Suami saya ini bukanlah seorang yang romantik, sebab itulah saya sedikit musykil.

Walaubagaimanapun, memang setiap pagi saya akan mencium tangan suami sblm ketempat kerja dan ciuman itu akan dibalas semula oleh suami saya. Tapi pada tangan jugalah, bukan pipi.Itu pun telah cukup untuk membuatkan hati saya kembang kerana kesudiannya membalas ciuman saya.

Namun, misi saya yang terbaru ini masih belum dapat saya lakukan kerana saya tidak mengetahui tindakbalas dia terhadap keinginan saya.

Walaubagaimanapun, saya tetap meneruskan niat itu dengan menanyakan pendapat beliau tentang perkara ini. Dan yang pastinya saya menyenaraikan segala kelebihan yang bakal diperolehinya dengan tindakan tersebut( tapi yang cari lain tu saya tak sebut, hehehe...malulah) .

Yang membuatkan saya gembira sesangat ialah kerana dia bersetuju dengan cadangan itu. Macam tak percaya! Seronok rasanya. Maka saya rasa berjaya membawa perubahan dalam kehidupan kami. Walaupun nampak tidak besar mana, tapi ianya penting.

Maka pada hari-hari yang seterusnya (sekarang dah masuk satu minggu kot) saya akan mencium tangan dan pipi suami sebelum ke tempat kerja. Harap hatinya berbunga-bunga dan kerjanya pun berjalan lancar kerana pagi-pagi lagi dia sudah dibelai manja oleh isteri tercinta.

Di dalam buku psikologi yang saya baca, anak-anak akan mengikut apa dilakukan oleh ibubapanya. Kalau baik yang dilakukan, baiklah tingkahnya.

Kalau tidak baik yang dilakukan, maka tidak baiklah juga hasilnya. Apa yang ingin saya katakan ialah, pada Sabtu yang lepas saya terpaksa bekerja.Jadi suami dan anak perempuan saya yang berumur 3 tahun menghantar saya ke stesen LRT.

Sebelum kereta berhenti, saya telah mengambil inisiatif untuk mencium anak saya dan berpesan padanya agar jangan nakal2 sepanjang saya tiada dirumah.Sebaik saja kereta suami berhenti di hadapan stesen, saya terus mencium tangan dan pipinya dan membuka pintu kereta untuk keluar.

Keajaiban berlaku( pada pandangan sayalah ), anak saya yang berumur 3 tahun itu melihat perlakuan ayah dan ibunya lalu dari seat belakang, dia beralih seat depan sambil menghulurkan tangannya pada saya yang sudah berdiri di luar pintu kereta.

Lalu setelah saya hulurkan tangan saya,dia ambil dan diciumnya serta meminta saya mencium pipinya.

Hati saya sungguh tersentuh dengan perkara ini. Maksudnya anak-anak yang dididik dan ditunjukkan kasih sayang di hadapan mereka akan cuba menirunya juga. Ini akan menerapkan nilai-nilai kasih sayang dalam diri mereka semenjak mereka kecil lagi.

Oleh itu,para pembaca ....yang tidak pernah melakukan perkara ini, apakata anda mengambil inisiatif untuk melakukannya sekarang. Untuk menyuburkan lagi kasih sayang antara suami isteri, untuk memberikan variasi baru dalam perkahwinan, untuk menambahkan lagi rencah kebahagiaan dan memanjangkan lagi umur suami tersayang. Tak rugi sekiranya mencuba sesuatu yang baru.
Selagi anda tak cuba selagi itu anda tak tahu kesannnya. Bagi saya ini satu pencapaian kerana saya telah melakukannya. Tidak bertangguh, namun pada pasangan yang telah agak lama mendirikan rumahtangga. .jangan rasa anda telah terlewat untuk mencuba. Dalam rumahtangga, harus ada kelainan sepanjang masa, barulah lebih bermakna.

Takkanlah hari-hari nak makan lauk sardin aje....betul tak? Saya yakin para suami akan sukakannya, maklumlah sapa yang tidak suka di belai dan diberikan kasih sayang, benarkah begitu wahai para suami?

Bersetujukah anda dengan pandapat ini? Dan dalam artikel itu juga, dinyatakan bahawa penulis itu mengakui yang beliau tidak melakukan perkara tersebut walaupun bercium tangan sebelum ke tempat kerja dengan isterinya dan merasa rugi kerana tidak mengetahui fakta ini terlebih dahulu.Sekiranya beliau tahu, pastinya beliau juga akan mempraktikkan perkara ini.

Oklah, saya ucapkan selamat mencuba dan semoga perkahwinan saya anda akan terus bahagia dan berpanjangan hingga ke akhir hayat.Amin..

Isnin, 26 Oktober 2009

Suami Yang Memenuhi Kewajipan - Menurut Islam..

A. Suami Teladan ialah:

- Suami yang selalu mengerjakan perintah Allah dan menjauhkan laranganNya. Selalu menjaga hubungan dengan isterinya serta melaksanakan tanggungjawab sesuai dengan kemampuannya. Ia selalu berterus terang dengan isterinya. Jika ia mempunyai kekurangan,ia akan menyatakan kepada isterinya.

- Suami yang baik, tidak menyembunyikan rahsia yang tidak disenangi isterinya. Apabila berkata-kata dengan isterinya dengan cara lembut dan bersopan santun.

- Suami yang soleh, selalu membimbing isterinya, menghiburkan isterinya, berbincang-bincang, menghargai pandangan isterinya dan sebagainya.

- Suami yang menganggap isterinya sebagai kekasih dan sahabat. Tidak mudah cemburu. Mempunyai keyakinan dan menaruh kepercayaan terhadap isterinya.

- Suami yang bijaksana, suami yang sanggup menjadi pemimpin rumahtangga.

Suami yang layak menjadi pemimpin sekurang-kurangnya mempunyai ciri-ciri berikut iaitu :-

1. Tubuh badan yang sempurna, sanggup melaksanakan tanggupjawabnya dengan kesempurnaan anggotanya. Ini bermaksud selagi mampu memenuhi keperluan zahir dan batin.
2. Akal fikiran yang sempurna - berfikiran positif.
3. Pengetahuan agama yang sempurna - untuk membimbing ahli keluarganya mengamalkan ajaran agama sebagai panduan hidup.
4. Membelanjakan sebahagian harta - mencari nafkah untuk menyara hidup ahli keluarganya

B. Keperibadian Suami Yang Menjadi Impian Isteri

1. Penuh kerinduan dan kasih sayang
2. Mencintai
3. Gagah dan berakhlak mulia
4. Kaya dan bijaksana
5. Memberikan cahaya kehidupan
6. Menegakkan kebenaran
7. Mulia di sisi Allah

C. Ciri-ciri Suami Teladan

- suami yang soleh yang sentiasa menjalankan perintah Allah
- suami yang tidak sanggup melihat isterinya meringankan perintah Allah
- suami yang bersikap mahu memaafkan dan membetulkan kesalahan isterinya.

1. Ciri-ciri suami yang soleh ialah:

a. Mentaati Allah SWT dan Rasul-Nya dengan mengerjakan segala perintah dan menjauhi segala larangan.
b. Mendirikan rumahtangga semata-mata kerana Allah SWT
c. Melayani dan menasihati isteri dengan sebaik-baiknya
d. Menjaga hati dan perasaan isteri
e. Sentiasa bertolak ansur dan tidak meminta sesuatu yang diluar kemampuan isteri
f. Bersabar dan menghindari daripada memukul isteri dengan pukulan yang memudaratkan
g. Jangan mengeji isteri di hadapan orang lain ataupun memuji wanita lain di hadapan isteri.
h. Bersabar dan menerima kelemahan isteri dengan hati yang terbuka.
i. Mengelakkan daripada terlalu mengikut kemahuan isteri kerana ia akan menjejaskan imej dan prestasi suami sebagai pemimpin.
j. Memberi nafkah kepada keluarga mengikut kemampuan.
k. Menyediakan keperluan dan tempat tinggal yang selesa.
l. Bertanggungjawab mendidik akhlak keluarganya.
m. Sentiasa mengambil berat tentang keselamatan mereka.
n. Memberikan kasih sayang dan berkorban untuk kepentingan dan kebahagiaan bersama.

2. Syarat mendirikan rumahtangga Islam agar mendapat keredhaan Allah SWT iaitu:

a. Ahlinya berpendidikan Islam, berjiwa teguh, tenang dan damai.
b. Suasana rumahtangga sentiasa riang dan penuh kegembiraan.
c. Rumahtangga sentiasa bersih dan selesa.
d. Rumahtangga yang sentiasa memelihara dan menjauhi daripada perkara-perkara haram dan syubhat.
e. Ahli-ahlinya bersolat secara berjemaah.
f. Bersih hati, pancaindera dan anggota badan serta menjauhi sifat-sifat yang berlebih-lebihan ketika bersolek.
g. Memuliakan dan menghormati agama serta memandang tinggi akan nilai-nilai keperibadian muslim.
h. Anggota keluarga memiliki kesefahaman dan bijaksana dalam mentadbir rumahtangga.
i. Memilih calon suami/isteri berasaskan Islam.
j. Rumahtangga hendaklah sentiasa ke arah kebaikan dan kebajikan.
k. Dakwah Islamiah sentiasa terlaksana dalam rumahtangga.

D. Suami yang penuh sentuhan kasih

Ada 10 nasihat untuk suami dalam memahami hubungannya dengan isteri :-

1. Bersikap tegas dan lemah lembut terhadap isteri,
Betapapun seorang wanita itu mempunyai kemampuan dan kemahuan yang tinggi, memiliki kemahiran serta percaya terhadap diri sendiri namun pada hakikatnya, ia masih ingin mencari perlindungan dengan seorang lelaki. Jika keinginan mencari perlindungan itu datangnya dari wanita, namun selalulanya ia merahsiakannya. Seandainya hajat nya tercapai, ia mengharapkan layanan yang lemah lembut dan amat mengharapkan perlindungan dari lelaki yang bertanggungjawab. Sifat lemah lembut dan tegas ini harus dimiliki oleh lelaki kerana setiap isteri mengharapkan suaminya mampu menjadi pemimpin dalam rumahtangga yang dibina. Menjadi pemimpin bukan bermaksud menjadi "boss". Sifat tegas dan lemah lembut ini biarlah kena pada tempatnya.

2. Memberi pujian terhadap isteri,
Peranan wanita sebagai ibu menyebabkan ia perlukan perlindungan daripada keyakinan. Hanya suami yang bijaksana dapat memberikan keyakinan kepada isterinya. Dengan cara memberikan penghargaan seperti pujian, hadiah ataupun ungkapan yang boleh menambahkan keyakinan dalam diri isteri. Jangan merasa hairan jika seorang wanita selalu bertanya kepada pasangannya, "Adakah engkau cinta padaku?". Pertanyaan ini bukan bermakna ia tidak percaya kepada pasangannya tetapi ia menginginkan keyakinan untuk dirinya. Oleh itu, suami usah jemu dengan ungkapan itu, malah berusahalah untuk mengerti hakikat seorang wanita.

3. Menentukan batas tanggungjawab, Islam telah mengatur, tanggungjawab terhadap suami dan isteri. Suami berkewajipan mencari nafkah yang halal untuk kelurganya dan isteri pula berkewajipan melayan suami serta mengasuh anak-anak. Ini bukan bermakna tanggungjawab lain patut diabaikan, malah semua tanggungjawab lain seharusnya dipikul bersama mengikut keadaan masa dan tempat.

4. Menghindari kritikan terhadap isteri,
Kritikan bukan satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah. Ia boleh dilakukan, namun biarlah dengan lembut dan bertempat. Jangan sesudah bernikah, suami merasa berhak berkasar, mengkritik dan menghina isteri sewenang-wenangnya kerana banyak kesannya pada isteri. Suami yang terlalu banyak mengkritik isteri akan meninggalkan
kesan negatif terhadap isterinya iaitu:

a. Perasaan isteri menjadi tertekan akibat menahan marah
b. Menimbulkan pelbagai jenis penyakit fizikal akibat daripada perasaan kecewa dan tekanan batin.
c. Isteri menjadi pemarah, pendiam, kadangkala hilang keinginan untuk bersama.
d. Akibat selalu dikritik serta tidak dihargai, isteri akan kehilangan identiti dirinya sendiri.
e. Untuk menyenangkan hati, isteri akan menyalahkan anak-anak.
f. Jika perasaannya terlalu tertekan, mungkin ia inginkan perceraian.

5. Memperhatikan sesuatu yang romantik,
Suami seringkali kurang memperhatikan keperluan yang tidak begitu penting seperti ulangtahun isteri, perkahwinan dan sebagainya. Namun bagi wanita, hal sebegitu penting. Cinta bukan hanya berkaitan dengan perasaan tetapi juga berkaitan dengan aktiviti romantik yang mempunyai nilai yang bererti dalam diri wanita.
Mungkin sesuatu yang tidak bererti pada lelaki namun ianya amat bernilai pada wanita. Oleh itu suami harus banyak mempelajari keperluan isteri dan tidak menganggap remeh terhadap kepentingan isteri.

6. Memahami isteri yang ingin selalu di samping suami.
Setiap isteri selalu menginginkan serta merindukan untuk selalu bersama suaminya. Isteri selalu mengharapkan perhatian yang cukup dari suaminya. Kerana itu, suami yang baik akan berusaha meluangkan masa untuk bersama isterinya. Selalu bersama boleh meningkatkan kasih sayang.

7. Menjaga perasaan aman dalam kehidupan isteri,
Suami yang bertanggungjawab akan selalu memberikan rasa aman dan tenteram terhadap perasaan isterinya, selalu berusaha menyelesaikan setiap masalah rumahtangga dengan secepat mungkin. Berusaha membantu menyelesaikan masalah isteri.

8. Memahami gelora jiwa isteri,
Wanita lebih mudah mengalami perubahan emosi jika dibandingkan dengan lelaki. Jika suami dapat menerima hakikat perubahan emosi isterinya, maka isterinya pasti dapat menerima suaminya sebagai org yang dapat membimbing hidupnya.

9. Membina kerjasama yang baik,
Suami yang boleh diajak berbincang dan selalu bekerjasama dengan isterinya akan mampu mengujudkan keluarga bahagia.

10. Memenuhi keperluan peribadi,
Tidak ada dua wanita di dunia ini yang sama, kerana masing-masing memiliki peribadi yang khusus. Wanita mempunyai sifat yang unik baik dari segi emosi maupun keinginan. Suami yang bijaksana akan mudah memahami akan keperluan peribadi isterinya dan mampu melaksanakan tanggungjawabnya sesuai dengan kemampuan dirinya.

E. Kewajipan Suami Dalam Rumahtangga

1. Memenuhi mas kahwin isteri secara sempurna
2. Memberi nafkah kepada isteri
3. Menggaulinya dengan baik
a. Memberi nafkah sesuai dengan kemampuan
b. Sentiasa berbincang dengan isteri dalam segala hal
c. Mengajak isteri bergurau senda, berlaku lemah lembut kepadanya, menghiburkan isteri supaya hatinya sentiasa gembira.
d. Memaafkan keslaahan isterinya apalagi terhadap isteri yang berbudi pekerti mulia.
e. Dihadapan isteri hendaklah menunjukkan keindahan dan kebaikan kerana isterinya juga menyenangi apa yg disenangi oleh suaminya.
f. Membantu isteri dalam urusan rumahtangga terutama apabila isteri sakit atau sibuk dengan pekerjaannya.
g. Tidak membuka rahsia isteri serta memperkatakannya dihadapan umum.
h. Melindungi isteri dari api neraka.

4. Cemburu hanya kerana agama dan kehormatan,
Cemburu ini bermaksud, menjaga isteri dari segala sesuatu yang berbentuk pandangan, perkataan atau perasaan.

Secara umum lelaki bersifat :
- berani dan gagah perkasa
- ingin menolong yang lemah
- ingin berkuasa
- kasar dan tamak

manakala wanita bersifat :
- lemah lembut
- pemalu
- mempunyai perasaan yang halus
- bersopan santun
- penyabar.

Sifat-sifat ini adalah bersesuaian dengan kewajipan dan tanggungjawab masing-masing.

5. Membimbing isteri
Di samping memiliki sifat-safat yang baik, wanita juga mempunyai sifat buruk yang kadangkala merupakan sifat asal ataupun dari pengaruh luaran.
Diantaranya:
a. Mudah lupa dalam mengingati Allah, Kesibukan dengan harta kekayaan dan anak-anak kadang-kala membuat wanita lengah akan perintah Allah. Kelalaian ini akan memberi peluang kepada hawa nafsu menguasainya.
b. Mudah terpengaruh oleh tipu daya dunia Kemilauan dunia sering membuat wanita terpedaya.
c. Sering bersikap bangga dan bermegah-megah kepada orang lain

Dengan memahami sifat isteri, suami boleh membimbing dan menasihati isteri. Suami pula sepatutnya tahu bagaimana cara membetulkan isteri. Tersilap cara akan mengakibatkan perselisihan. Perselisihan dalam rumahtangga dapat dikurangkan sekiranya pasangan mengamalkan perangai yang baik seperti :

1. Janganlah suami dan ister marah pada masa yang sama.
2. Jangan mengeluarkan suara yang kuat antara satu sama lain
3. Jika ada seorang yang harus menang dalam perselisihan, maka biarkanlah ia menang.
4. Jika harus mengkritik pasangan, lakukanlah dengan sikap kasih sayang.
5. Jangan mengungkit kembali kesalahan-kesalahan lalu
6. Lebih baik tidak mempunyai masa untuk orang lain daripada tidak mempunyai masa terhadap pasangan.
7. Jangan tidur jika ada perselisihan belum diselesaikan
8. Berkata sesuatu yang manis atau pujian pada pasangan kita sekurang-kurangnya sekali sehari.
9. Jika bersalah, akuilah kesalahan dan meminta maaf.
10. Jangan lupa bahawa perselisihan terjadi akibat dua orang dan biasanya org yang bersalah paling banyak berbicara.

6. Membimbing anak
Seorang suami yang adalah suami yang tidak mengabaikan tanggungjawabnya antaranya:

a. Memberikan nama yang baik bagi anaknya
b. Memberi nafkah
c. Bertanggungjawab atas pendidikan anak dan sebagainya.

Jumaat, 23 Oktober 2009

Novel :- TIKA RINDU BERLAGU

Penulis :- LILY SURIANI

Penerbit :- ALAF 21 SENDIRIAN BERHAD

Jumlah Muka Surat :- 492 HALAMAN

Ringkasan Cerita :-

Kesungguhan Naim mempamer cinta membuatkan Adila mula melakar mimpi. Malamnya disinari kerlipan bintang. Siangnya pula sentiasa dihiasi pelangi. Kalaulah begini indah perasaan dilambung cinta, dari dulu lagi dilagukan rasa rindu. Biar bergema diseluruh alam.

Tiba-tiba mimpi yang indah itu hilang. Perginya tanpa meninggalkan sebarang jejak. Terpisah dengan Naim menjadikan Adila seperti tidak keruan. Dia mencari dan terus mencari hingga akhirnya lelah sendiri. Jiwanya kacau, fikirannya bercelaru.

Kemunculan semula Naim seakan terhenti putaran bumi. Sukar untuk Adila menerima hakikat yang namanya tiada dalam ingatan Naim. Namun, demi cinta yang harus dipertahankan, dia tidak akan sesekali mengalah. Sekali janji dilafazkan, dia rela dirinya diibaratkan perigi mencari timba.


Jumlah Bintang :- *****

Khamis, 22 Oktober 2009

Rahsia Kelahiran Mengikut Bulan Islam

Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilaku.

Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan:

Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik,dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

Safar
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya.lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.

Rabiul Awal
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang
berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.

Rabiul Akhir
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah,buruk nafsunya, kasar wataknya,mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

Jamadil Awal
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.

Jamadil Akhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya,tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

Rejab
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilainilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

Sya'aban
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat rezeki.

Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.

Syawal
Perwatakannya keras. Hatinya keras.Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain.
Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu.Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir,kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.

Zulhijjah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat
padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal
kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan.

Kalau nak tahu bila bulan hijrah, anda dilahirkan....
jengah-jengahlah ke web nie.

http://daawah.com/islam/hari/hijrahconvert.shtml

Selasa, 20 Oktober 2009

16 September - Cuti Umum

Mulai tahun depan, ulang tahun sambutan Hari Malaysia pada 16 September diisytiharkan sebagai cuti umum di seluruh negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan keputusan itu yang dibuat oleh Jemaah Menteri baru-baru ini bertujuan mengingati sejarah penubuhan Malaysia pada 16 September 1963.

Menurutnya, ini bermakna mulai 2010, rakyat akan merayakan dua hari kebangsaan secara berkembar iaitu Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.

Tambah beliau, menerusi Hari Malaysia, kerajaan mahu suka duka rakyat di Sabah dan Sarawak selepas mereka membuat keputusan untuk menyertai Malaysia sejak 1963 turut dirasai penduduk di Semenanjung.

"Hari Merdeka pada 31 Ogos kekal diraikan bagi mengingati perjuangan mencapai kemerdekaan dengan pelbagai acara rasmi seperti perarakan untuk mengingati detik bersejarah itu.

"Hari Malaysia pula dirayakan dengan acara-acara bersifat mengerat perpaduan, persefahaman antara kaum, kejayaan dan pencapaian masyarakat dalam bidang sukan, sosiobudaya, dan kesenian bagi menyemarakkan semangat 1Malaysia," katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Datuk Dr. Marcus Majigoh (BN-Putatan) pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Majigoh sebelum itu ingin mengetahui sejauh mana penerimaan rakyat ke atas seruan 'kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia'.

Perdana Menteri menjawab soalan Majigoh itu serentak dengan 15 soalan Ahli Parlimen lain yang turut menyentuh isu serupa.

Dalam pada itu, Najib menambah, bagi meningkatkan lagi perhubungan antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak, kekerapan penerbangan akan dipertingkatkan, pembinaan prasarana bakal diperbanyakkan dan isu kerakyatan akan diberi perhatian serius oleh kerajaan.

Dalam jawapan lisan itu juga, Najib mengambil kesempatan menerangkan bahawa gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan beliau selepas dilantik sebagai Perdana Menteri telah menjadi gagasan yang digemari ramai khususnya generasi muda.

"Boleh dikatakan tahap pertama dalam pelaksanaan gagasan 1Malaysia telah mencapai matlamatnya. Sama-samalah kita berdoa semoga niat suci kerajaan untuk memupuk perpaduan tulen benar-benar berjaya," katanya.

Menjawab soalan tambahan Majigoh sama ada negara ini wajar mempunyai satu identiti bangsa seperti di Indonesia, Thailand dan Filipina, Najib menjelaskan, beliau bersetuju dengan pendapat tersebut.

Bagaimanapun, katanya, asas pembinaan negara sejak dari awal lagi berasaskan mengintegrasi dan bukannya mengasimilasi seperti yang berlaku di Indonesia, Thailand dan Filipina.

"Ini menunjukkan kepimpinan kita dari awal lagi bersifat terbuka dan inklusif kerana kerajaan melihat itulah jalan terbaik apabila kita dapat menampilkan suatu kekuatan berdasarkan bersatu dalam kepelbagaian.

"Tidak ada negara lain yang unik macam Malaysia. Kita berpegang kepada teras perlembagaan dan boleh menerima unsur-unsur yang berbeza sebagai budaya yang terkandung di bawah bumbung 1Malaysia," jelasnya.

Sementara itu, menjawab soalan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Pas-Marang) mengenai dasar Islam Hadhari, Perdana Menteri berkata, setiap dasar baru merupakan kesinambungan kepada dasar terdahulu dengan mendasari nilai menyokong usaha mencapai Wawasan 2020.

Menurut beliau, tidak mungkin sesuatu dasar yang digubal itu boleh berjaya dalam satu penggal kerana ia merupakan kesinambungan perjalanan yang panjang.

Sumber :- Berita Harian