Rabu, 28 Oktober 2009

Asas-asas kebahagian

Alam perkahwinan diibaratkan sebagai mengharungi samudera luas, penuh gelombang dan pukulan ombak yang dahsyat. Namun segala cabaran dan lambungan badai bakal diharungi dengan selamat jika telah sedia lengkap segala pengetahuan dan pedoman bagi setiap pasangan. Dengan ini kebahagian bakal terus dapat dipertahankan.

Bermula dari perkongsian matlamat hidup dalam berkeluarga. Saling memahami dan mencapai kata sepakat dari segenap sudut dan aspek. Secara amnya, berkomunikasi secara baik dan bersikap terbuka.

Saling memeterai cinta sejati dan abadi. Memberi sepenuh rasa kasih yang tidak berbelah bahagi. Bersangka baik dan yakin pasangan sendiri adalah pilihan paling tepat.

Jujur, punya jati diri, berwawasan dan cenderung positif dalam kehidupan.

Memperkasakan diri dan hati. Pegangan agama sebagai benteng pertahanan agar tidak terpesong daripada landasan. Terus memupuk nilai-nilai keluarga yang sihat. Sentiasa elakkan konfrantasi.

Perilaku anggun terpuji. Mencari keserasian dan menilai kufu. Menyesuaikan diri dengan persekitaran, latar belakang dan asal keturunan pasangan. Saling mengorbankan tabiat yang tidak disenangi dan menjadi seseorang yang paling ideal di mata pasangan.

Bertolak ansur. Mengutamakan keperluan pasangan selagi tidak melampaui had, menyalahi hukum agama dan hukum alam. Cari kesepakatan dalam apa jua perkara. Sabar, tenang dan bersikap lunak adalah jawapan kepada kemarahan, pertengkaran dan pergaduhan.

Menilai dan mengawal tindakan diri sendiri. Berfikiran lebih waras apabila mengalami gangguan emosi. Mengatasi ketegangan dengan senyuman.

Saling memaafkan, tidak berdendam. Mulakan dengan pujian apabila mahu menegur kelemahan pasangan. Lakukan dengan keikhlasan agar tidak menyentuh hati dan emosi.

Jangan mulakan mukadimah ketidakwajaran. Ingatlah, cinta yang telah dibina perlu dipenuhi dengan keikhlasan, kejujuran dan nilai-nilai murni. Jangan sesekali memulakan sesuatu yang boleh membawa petaka dan bencana pada perhubungan, terutama kemunculan cinta ketiga (main kayu tiga). Ini adalah punca keretakan, kehidupan yang goyah serta tiada lagi rasa bahagia dalam keluarga dan rumahtangga.

Perkahwinan adalah kesedian hati. Sentiasa salurkan cinta sebagaimana ia bermula. Kecemerlangan terletak pada kualiti pasangan yang menerajuinya.

Semoga kebahagian ini milik kita dan ia berkekalan. AMIN...AMIN....AMIN...






Tiada ulasan: