Pakar motivasi keluarga, Prof. Madya Izuddin Ali memberi tip kepada ibubapa agar mengambil berat kebajikan anak meliputi keperluan diri dan emosi anak.
1) TEKANKAN DIDIKAN AGAMA.
Tidak kira sama ada anak itu cerdik ataupun tidak, didikan agama perlu diterapkan agar menjadi pedoman hidup. Antaranya doa yang baik untuk anak dan juga amalan seperti berzikir bersama-sama anak.
2) PEMBENTUKAN AKHLAK.
Ibu bapa perlu tunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak. Seperti sikap jujur dan amanah.
3) BANYAKKAN PUJIAN DARIPADA KRITIKAN.
Kebanyakan ibu bapa lupa bahawan anak-anak juga mempunyai perasaan. Untuk itu, sebelum mengkritik anak, puji mereka dahulu. Ibu bapa biasanya tidak sabar dengan mengatakan anak bodoh, lembap dan sebagainya.
4) MEMAHAMI PERKEMBANGAN ANAK.
Setiap anak mempunyai perkembangan yang berlainan. Cuba perhatikan sesetengah anak cemerlang pada peringkat awal iaitu sekolah rendah kemudian semakin kurang cemerlang dperingkat sekolah menengah.
5) KENALI APA KESUKAAN ANAK.
Setiap anak mempunyai minat dan kepandaian masing-masing. Jika mereka minat melukis, beri sokongan dengan memberi alatan lukisan agar minat itu boleh diperkembangkan.
6) KOMUNIKASI TIDAK JELAS.
Komunikasi orang dewasa dengan kanak tidak sama. Tidak semua apa yang diperkatakan oleh orang dewasa difahami oleh kanak-kanak.
Contohnya, jika ibubapa mengatakan jika anak tidak belajar bersungguh-sungguh suatu hari nanti, mereka akan hidup susah. Mereka tidak memahami apa erti susah tersebut.Lebih baik ibu bapa membawa anak-anak ke tempat orang susah dan terangkan kenapa seseorang itu boleh hidup susah.
Sumber Dari :- Majalah Keluarga Harmoni
Tiada ulasan:
Catat Ulasan