Rabu, 30 September 2009

Novel :- SEBENING RINDU




Penulis :- AZHAN KAMAL

Penerbit :- ALAF 21 SENDIRIAN BERHAD

Jumlah Muka Surat :- 366 HALAMAN

Ringkasan Cerita :-

Perit rasa hati bila orang yang disayangi pergi jauh meninggalkan segala-galanya di muka bumi ini. Dimana Kasih sayang, rindu dan cinta bila kesemuanya tidak kesampaian? Tetapi, kenapa perasaan itu tidak mahu turut pergi sedangkan ada insan lain yang sudi bertapak dihati?

Nazatul….gadis pujaan dua jejaka. Antara Kamarul dan Faizal, dia hanya mendambakan cinta kepada yang satu. Namun, mampukah pemyakit yang ditanggungnya itu membahagiakan sidia?

Kamarul…cita-citanya untuk memiliki gadis itu terlalu tinggi. Namun, tuntutab tugas dan keluarga menggamit kesabarannya. Dia masih menggenggam satu harapan untuk memastikan cintanya tetap mekar.

Faizal….punya karisma yang tinggi dalam kerjaya. Status ‘metrosexual guy’ yang dipegangnya memungkinkan dia mendapat apa saja yang diingini. Perangai anehnya merentap jiwa insan yang amat menyayanginya.

Iryanti….gadis seberang yang tabah mengharungi liku-liku perjalanan kehidupannya. Mencintai dan dicintai itulah yang sangat diimpikan. Dia bersyukur masih ada yang sudi mengisi ruang dihatinya. Namun, mengapa saat-saat akhir hidupnya, baru dia merasai kebahagian itu?

Jumlah Bintang :- ****

Petua :- Daging Ayam


Hilangkan Bau Hanyir Daging Ayam

Daging ayam yang di simpan lama akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Kesegarannya juga akan berkurangan.

Cara untuk menghilangkan baunya ialah :-

a) Ayam dipotong dan dibersihkan.
b) Gaulkan ayam itu dengan sedikit tepung gandum. Perapkan seketika.
c) Kemudian bersihkan ayam itu dengan air. Lemaknya akan keluar dan bau hanyirnya akan tiada lagi.

Antara cara lain :-

a) Hiriskan dua ulas bawang putih.
b) Sewaktu menggoreng ayam, masukkan bawang putih tadi.

Hilangkan Hanyir Hati Ayam

Bersihkan hati ayam dengan tepung gandum. Setelah dibersihkan dengan air, gaulkan pula dengan gula pasir. Perapkan selama 10 minit. Kemudian dicuci bersih dengan air dan bolehlah dimasak.



Melembutkan Daging Ayam

Terdapat pelbagai cara untuk melembutkan daging ayam terutamanya daging ayam tua..
Antara caranya ialah :-

a) Tumbuk setengah sudu kecil lada hitam dan sedikit halia. Rebus bahan ini bersama ayam sehingga lembut. Setelah ayam dicuci bersih, gaulkan dengan tepung beras. Kemudian goreng ayam ini.
b) Daun nangka boleh melembutkan daging ayam yang liat. Ketika memasak ayam, masukkan beberapa helai daun nangka kedalamnya.
c) Ketika memasak ayam kampung, masukkan beberapa potong tempe. Ayam akan cepat empuk.
d) Masukkan daun betik ketika merebus ayam itu.
e) Masukkan beberapa keping tempurung kelapa tua ketika merebus ayam.

Jumaat, 18 September 2009

Salam Aidilfitri



Amalan-amalan yang perlu di buat pada 1 syawal.

1. Mandi sebelum keluar menunaikan solat Hari Raya.

Dilakukan pada pagi 1 Syawal sebelum menunaikan solat hari raya Aidilfitri.

Imam Malik r.h. meriwayatkan sebuah hadith di dalam al-Muwatta'
Maksudnya : “Bawasanya ‘Abdullah bin ‘Umar seringkali akan mandi pada hari Raya al-Fitri sebelum beliau keluar ke tempat solat Hari Raya di pagi hari raya.”

Al-Imam al-Nawawi menyebut para ulama telah bersepakat atas sunatnya mandi untuk solat hari raya.


2. Memakai bau-bauhan yang wangi

Sunnah ini hanya bagi kaum lelaki.


3. Memakai pakaian yang paling baik

Pakaian tidak semestinya baru tettapi pakaian yang indah dan rapi sudah mencukupi
Daripada Jabir r.a. katanya : “Bagi Nabi saw ada satu jubah yang baginda akan memakainya untuk dua hari raya dan hari Jumaat.” (Sahih Ibn Khuzaimah : 1765)

Demikian juga al-Baihaqi meriwayatkan dengan sanad yang sahih, bahawa Ibn ‘Umar sentiasa memakai pada hari raya seindah-indah pakaiannya.


4. Makan terlebih dahalu sebelum menunaikan solat hari raya ‘Aid al-Fitri

Sunnah memakan tamar dalm bilangan ganjil jika tiada sudah cukup memkan apa-apa juadah sekali pun.

Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari daripada Anas bin Malik katanya :
Maksudnya : “Adalah Rasulullah saw tidak keluar pada pagi hari Raya al-Fitri, sehinggalah baginda makan terlebih dahulu beberapa biji Tamar… dan baginda memakannya dalam jumlah yang ganjil.” (al-Bukhari : 953)

Al-Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani mengomentari hadith ini dengan berkata : “Demikian itu kerana untuk mengelakkan (anggapan) adanya tambahan dalam berpuasa, padanya juga (petunjuk) bersegera mentaati arahan Allah swt (untuk tidak berpuasa pada hari tersebut).” (Fath al-Bari : 2/446)


5. Mengajak seluruh ahli keluarga ke tempat menunaikan Solat Sunat Aidilfitri

Sunnah mengajak seluruh ahli keluarga termasuk kanak-kanak dan perempuan yang dating haid, diasing perempauan yang dating haid daripada perempuan yang boleh solat.

Bagi perempauan yang datang haid sunnah mereka turut serta ke temapat solat supaya mereka dapat menyaksikan upacara solat Hari Raya dan mendengar khutbah solat raya aidilfitri.

Ummu ‘Athiyah radhiallahu’ anha telah berkata:
Maksudnya:
Kami telah diperintahkan (oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam) untuk keluar, maka kami memerintahkan wanita-wanita yang sedang haid, para gadis dan wanita-wanita pingitan untuk keluar. Ibnu ‘Aun berkata: “atau wanita-wanita pingitan,” dan wanita-wanita yang haid diperintahkan (Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam) agar menyaksikan jamaah kaum muslimin dan dakwah mereka serta menjauhi tempat solat. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-‘Iedaini, no: 981.


6. Keluar dengan berjalan ke tempat solat melalui jalan lain dan balik daripadanya melalui jalan yang lain.

Daripada Jabir bin Abdillah r.’anhuma katanya :
Maksudnya : “Adalah Nabi saw, pada hari raya baginda membezakan jalan (pergi dan balik dari solat hari raya).” (al-Bukhari : 986)

Ibn Majah meriwayatkan daripada Ibn ‘Umar katanya :
Maksudnya : “Adalah Rasulullah saw keluar ke tempat solat Hari Raya dengan berjalan dan baginda pulang darinya juga dengan berjalan.” (al-Albani menghasankan hadith ini di dalam Sahih Ibn Majah)


Dikatakan terdapat beberapa hikmah dalam perbuatan ini:

i. Semoga dua jalan yang berbeza tersebut menjadi saksi di hadapan Allah pada hari kiamat nanti. Ini kerana bumi akan membicarakan pada hari kiamat apa yang dilakukan di atasnya dari perkara-perkara yang baik dan jahat.
ii. Untuk menzahirkan syiar-syiar Islam
iii. Untuk menzahirkan zikir kepada Allah swt
iv. Untuk menyakitkan hati orang-orang Munafikin dan Yahudi dan sebagai menakutkan mereka dengan ramainya umat Islam.
v. Untuk mengambil tahu keperluan orang-orang yang memerlukan sebarang bantuan atau untuk menziarahi sanak saudara dan menghubungkan solatur rahim.


7. Bertakbir pada hari Raya

Takbir hari raya adalah termasuk sunnah yang agung berdasarkan firman Allah swt :
Maksudnya : “Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengangungkan Allah atas petunjuknya yang diberikan kepada kamu, supaya kamu bersyukur.” (al-Baqarah : 185)

Sahih juga daripada ‘Abdul Rahman al-Salamiy katanya : “Adalah mereka (sahabat Nabi saw) pada hari Raya al-Fitri lebih bersungguh berbanding hari Raya al-Adha, Waki’ berkata : “Yakni (mereka lebih bersungguh) dalam bertakbir.” (Lihat Irwa’ al-Ghalil : 3/122)

Diangkat suara dalam melafazkan takbir bagi lelaki dan tidak bagi perempuan. Ia dilakukan di merata tempat di masjid, di rumah dan di pasa-pasar.

Waktu bertakbir bagi Hari Raya al-Fitri ialah bermula pada malam raya iaitu setelah tenggelamnya matahari pada hari akhir Ramadhan sehingga masuknya imam ke tempat solat untuk solat hari raya.


8. Ucapan Tahniah Pada Hari Raya

Termasuk daripada adab berhari raya ialah dengan menyampaikan ucap tahniah sesama muslim dengan sebarang ucapan yang baik seperti ucapan :

- Semoga Allah menerima (amalan) dari kami dan anda semua)
– (Selamat) hari raya yang diberkati.

9. Solat Hari Raya

Para ulama berbeza pendapat tentang hukum solat hari raya, sebahagian mengatakan hukumnya sunat, sebahagian yang lain mengatakannya fardhu kifayah dan sebahagian yang lain mengatakan hukumnya adalah fardhu ‘ain (wajib), berdosa bagi sesiapa yang meninggalkannya. Inilah pendapat Mazhab Imam Abu Hanifah, pendapat ini dipilih juga oleh Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim. Al-Syeikh ‘Abdul ‘Aziz Abdillah bin Baz menyebut : “Pendapat ini lebih terserlah pada dalil-dalilnya dan lebih hampir kepada kebenaran.”

- Dilakukan solat raya terlebih dahulu diikuti khutbah

Ini berdasarkan hadith di dalam Musnad Ahmad daripada Ibn ‘Abbas r’anhuma :
Maksudnya : “Aku menyaksikan Rasulullah saw menunaikan solat hari raya sebelum khutbah, kemudian baginda berkhutbah.”

SALAM KEMAAFAN DIAIDILFITRI. SEMOGA KEHADIRAN SYAWAL KALI INI, AKAN MENGERATKAN LAGI PERHUBUNGAN KITA....

SALAM AIDILFITRI DARI :- ZUL, FIDA, AYNA & AZRY.

Selasa, 15 September 2009

Resepi :- Udang Sweet Sour

Bahan-Bahan :

500 gm udang besar [bersihkan]
1 s/b kunyit
1 s/k garam
minyak

Bahan Untuk Sos:

5 ulas bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
1/2 cawan sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 biji cili merah (dipotong nipis)
1/2 cawan air.
1 biji tomato (belah 6)
1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
Garam dan gula secukup rasa

Cara memasak :-
1. Udang digaulkan dengan kunyit dan garam dan gorengkan sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
2. Asingkan sedikit minyak dan panaskan minyak semula dan tumiskan bawang merah dan bawang putih.
3. Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air.
4. Masukkan juga cili potong dan gula.
5. Setelah kuat pekat, masukkan udang dan gaulkan rata.
6. Hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan bersama nasi putih dan juga lauk lain.

Novel :- BILA CINTA MEMBARA



Penulis :- MAZIA HARRIS

Penerbit :- ALAF 21 SENDIRIAN BERHAD

Jumlah Muka Surat :- 522 HALAMAN

Ringkasan Cerita :-

Bila cinta membara, hati mula bergelora. Meskipun pada zahir tampak sempurna, namun pasti ada kekurangan. Atas dasar suka sama suka, Kamarul menjadikan Syamsidar, seorang model terkenal sebagai ratu hatinya. Dia menghamparkan segala kasih sayang kepada Syamsidar sehingga mereka dikurniakan dua permata hati.

Namun tanpa diduga, Syamsidar sanggup menduakan Kamarul yang setia dengan janjinya, Dia tertipu oleh janji manis Jeffry yang beria-ia menunjukkan keikhlasan dan tanggungjawabnya. Lelaki itu pandai bermain kata-kata sehingga Syamsidar lemas dalam tsunami ciptaan mereka.

Skandal rumahtangga yang selama ini tersimpan kukuh, akhirnya meletus. Ketika kemelut kian meruncing, Syamsidar terjaga dari mimpi panjangnya. Sandiwara cinta ini mesti dinoktahkan! Segala kenangan ini esti dikuburkan. Cukuplah…dia kini mahu kembali bernafas di alam reality.

Persoalannya…semudah itukah dia mendapat kemaafan daripada lelaki yang telah terluka hatinya? Mampukah kebahagiannya dikembalikan semula?…

Komen :-

Secebis kisah hidup masyarakat yang perlu dijadikan iktibar dengan penyampaian yang bersahaja, namun amat memuaskan cita rasa pembaca.

Pengajaran :-

Secebis kisah masyarakat yang tragis dan mengusik jiwa. Kisah cinta tiga segi yang mencetus rasa. Kisah cinta, kecurangan kekeluargaan, kasih sayang dan agama disusun merangkumi kesemuanya.

Jumlah Bintang :- ****

Isnin, 14 September 2009

Birthday Azry 2 tahun



2 tahun yang lalu, tepat pukul 6.44 ptg bersamaan 12hb September 2007 hari Rabu. Sehari sebelum semua umat Islam menyambut Ramadhan, lahirlah seorang bayi lelaki.

Tahun ini...ulangtahun kelahirannya juga jatuh pada bulan Ramadhan. Dah 2 tahun kami menyambutnya dalam bulan Ramadhan. Tak apa la ya Azry...mama percaya, pasti ada keberkatannya.

Bila diingatkan kelahirannya..memang cukup memeritkan...Azry terpaksa dikeluarkan awal 2 minggu dari tarikh jangkaan bersalin. Ai terpaksa berpuasa dari pukul 10.00 mlm, 11 September hinggalah ke 7.00 mlm 12 September. Mujurlah dia keluar sebelum pukul 7.00 mlm, jika tidak....ai terpaksa dibedah. Kerna bekalan darah platlet akan expired tepat pukul 8.00 mlm.

Dalam keadaan yang tak bertenaga, ai berusaha jugak untuk meneran. Syukur alhamdulliah...hanya 3 kali teranan, Azry selamat dilahirkan. Nyaring sungguh suara dia menangis ketika itu.

Kini Azry dah 2 tahun...segala perit mengandung dan melahirkan dia hilang apabila lihat dia sudah berlari malah sudah mula bercakap....

Mama sayang Azry dan Ayna...Kalianlah cahaya kekuatan dan semangat mama. Semoga menjadi anak yang soleh dan solehah.

Jumaat, 11 September 2009

Resepi : Udang Pepper

Bahan-Bahan:

500 gm udang size L - gaul garam n blackpepper or white pepper
3 ulas bawang putih - tumbuk / ketuk
3 biji cili merah tumbuk kasar
3 sudu teh jus limau kasturi
sedikit daun sup untuk hiasan - boleh hiris

Cara Penyedian :


1. Panaskan minyak, tumis kan bawang putih.
2. Masukkan cili tumbuk, udang, jus limau kasturi,
3. Kacau sehingga udang kemerahan.
4. Masukkan daun sup
5. Hidangkan.

Novel :- KERANA TERLUKA






Penulis :- AIDA ADRIANI

Penerbit :- ALAF 21 SENDIRIAN BERHAD

Jumlah Muka Surat :- 522 HALAMAN

Ringkasan Cerita :-

Nudra Haneem, hidupnya sering saja diduga. Bahagia baginya bagaikan bintang yang bertaburan di langit, indah tetapi tidak tergapai dek tangan. Sedari kecil hidup tanpa kasih sayang ibu dan ayah, sekadar menumpang kasih orang dan bila dewasa, kasih dan cintanya diuji lagi.

Kehadiran Iskandar memberikannya kebahagian di saat diri memerlukan perhatian. Namun, rahsia keluarga yang tersimpan sekian lama telah menguji kasih Iskandar padanya. Antara kasih ibu dan kasih kekasih, yang manakah harus dikorbankan? Demi maruah, demi agama, sanggupkah cinta jadi taruhan?

Bukankah cinta memerlukan pengorbanan? Tapi tidak selamanya hati teguh andai cinta terus terusan diuji. Sekali terluka, parutnya tinggal sampai bila-bila. Lalu, apa yang terbaik selain tekad mengikut kata hati? Kerana…itu adalah lebih baik daripada merelakan hidup bahagia dalam kepura-puraan.

Komen :-

Perjalanan cerita yang amat menarik…teratur dan penggunaan bahasa yang mudah difahami.

Pengajaran :-

Menilai diri sendiri erti keikhlasan dan nilai sebuah pengorbanan. Bertanya pada diri sendiri sejujurnya…sejauh manakah kita sanggup berkorban apatah lagi jika ia menggugat kebahagian diri sendiri?

Hakikatnya itulah yang dinamakan kehidupan.
Yakinlah pada diri sendiri…pasti ada hikmah yang tersirat daripada sesuatu yang tersurat.

Jumlah Bintang :- *****

Selasa, 8 September 2009

UlangTahun Perkahwinan

Alhamdullillah...Syukur ke hadrat Illahi...kerna ari nie merupakan ulangtahun perkahwinan kami yang ke 7...

Tak bercadang nak meraikan kat mana pun..coz bulan posa lagipun anak lelaki ai tu...aktifnya semacam...tak boleh duduk diam...kang tak selesa lak nak makan. So makan kat rumah aje lerr...sambil melayan karenah anak-anak.

Lunch tadi ai sempat la gi ke Pakson....beli present untuk my hubby...belikan barang keperluan dia aje...sebab malas nak fikir lagipun waktu lunch bulan posa nie setengah jam aje...

Harapan ai..moga jodoh ini kekal hingga keakhir hayat...dunia dan akhirat. Moga rezeki kami akan bertambah-tambah. Dan sihat sejahtera...melalui liku-liku kehidupan.

AMIN....

Jumaat, 4 September 2009

Novel :- KABUS KASIH



Penulis :- EKA FAHARA

Penerbit :- ALAF 21 SENDIRIAN BERHAD

Jumlah Muka Surat :- 373 HALAMAN

Ringkasan Cerita :-

Cinta Hardina pada Zafril mula berputik sejak mereka sama-sama menuntut dikampus sehingga membawa ke alam perkerjaan. Ibu bapa Hardina mengetahui hubungan mereka dan merestuinya. Setelah Hardina menaruh sepenuh kepercayaan, tiba-tiba Zafril menjalinkan hubungan dengan gadis lain.

Pertemuan Hardina dan Hasif telah merubah segalanya. Sejak terpandangkan Hardina, hasif mula tertarik dengannya. Setiap hari wajah itu sentiasa beraja dihati. Tidurnya tak lena dan makannya tak lalu. Rasa rindu mula menguasai dirinya. Begitu juga dengan Hardina. Apa saja yang dilakukan serba tak kena.

Namun, hati Hardina terluka lagi setelah mendapat tahu yang Hasif sudah pun dimiliki. Hancur luluh hatinya. Dalam masa yang sama, Zafril dan Hasif kembali memburu cinta Hardina. Masing-masing tidak mahu mengalah. Hardina berada di persimpangan delima, keliru untuk membuat pilihan kerana kedua-duanya masih dirindui.

Pengajaran :-

Dalam novel ini, penulis cuba menerapkan nilai-nilai kasih sayang, kejujuran dan keikhlasan. Walaupun Hasif tidak dapat memiliki Hardina. Dia tidak sedikit pun menaruh dendam kepada Zafril. Begitu juga dengan Zafril. Masing-masing dapat menerima keadaan dan akur dengan ketentuan ILAHI. Hasif akur dengan keputusan Hardina menerima Zafril sebgai suami dan menganggap dirinya sebagai kawan biasa.

Jumlah Bintang :- ****

Rabu, 2 September 2009

Resepi : Ikan Sweet Sour

Bahan-Bahan:

1 ekor ikan bawal [dibersihkan dan kelarkan]
garam dan kunyit

Bahan Untuk Sos:

5 ulas bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
1 cm halia (dihiris halus)
5 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 biji cili merah (dipotong nipis)
1/2 cawan air.
1 biji tomato (belah 6)
1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara memasak :

1. Ikan dilumurkan garam & kunyit dan gorengkan dalam minyak sehingga masak.
2. Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit untuk tumisan.
3. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, baw. putih dan halia.
4. Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air. Biarkan mendideh.
5. Masukkan juga cili potong, garam dan gula.
6. Setelah kuah pekat, tuangkan ke atas ikan bawal yg telah digoreng tadi.
7. Hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan bersama nasi putih dan juga lauk lain.

Resepi : Sotong Goreng Tomyam




Bahan-Bahan :

500 gm sotong sedang [bersihkan, potong 3 dan gorengkan sikit]
3 biji kentang [potong baji dan gorengkan]
3 helai daun limau purut [koyakkan]
3 tangkai cili besar
3 tangkai serai [ketukkan]
1 labu bawang besar [mayang]
1/2 cawan air asam jawa
5 tangkai daun ketumbar
2 biji buah tomato [belah 4]
minyak garam
Bahan Tumbuk:

5 biji cili api
5 biji cili merah
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Cara Memasak :-

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi.
2. Masukkan sedikit air dan sotong. Gaulkan rata. Gunakan api perlahan
3. Masukkan daun limau purut,, serai.bawang besar dan semua bahan di atas.
4. Masukkan air asam .
5. Bila nampak kering air, masukkan sotong dan kentang. Gaulkan rata.
6. Angkat dan hiaskan dengan daun ketumbar yg dipotong.

Salam Perkenalan




Assalammualaikum dan salam sejahtera....


Salam perkenalan buat mereka yang sudi menjengah ke laman blog saya.....
Farizul Collection......
Di Farizul Collection, saya menjualkan pelbagai barang perhiasan wanita. Gelang, rantai leher dan cincin kristal. Kerongsang, Baby Brooch, Minyak Wangi, Aneka Kain Pasang dan Tudung. Selamat Membeli-belah.
Sekiranya anda berminat membaca novel....bolehlah mendapatkan ringkasan cerita (sinopsis) novel. Selalunya ringkasan cerita itu, saya buat selepas selesai membaca sesebuah novel. Dengan cara ini, saya harap saya dapat membantu rakan-rakan yang minat membaca novel memilih novel yang menarik jalan ceritanya. Kebanyakkan buku novel tersebut, saya sewa di The Book Chest, The Mall. Selamat Membaca.
Dan sekiranya anda minat memasak, bolehlah mencuba resepi yang saya paparkan. Kebanyakkan resepi itu, saya perolehi dari keluarga dan rakan-rakan. Mudah dan ringkas penyediaannya. Selamat Memasak.
Akhir sekali....sambutlah salam perkenalan dari saya. Dan setiap dari anda yang menjadi ahli...akan menerima cendermata persahabatan dari Farizul Collection.