Jumaat, 16 Oktober 2009

October Baby









- Loves to chat.
- Loves those who love them.
- Loves to takes things at the centre.
- Inner and physical beauty.
- Lies but doesn't pretend.
- Gets angry often.
- Treats friends importantly.
- Brave and fearless.
- Always making friends.
- Easily hurt but recovers easily..
- Daydreamer.
- Opinionated.
- Does not care to control emotions.
- Unpredictable.
- Extremely smart, but definitely the hottest.
- Sexiest of them all.

(Saja aje suka-suka...jangan percaya sangat....)

Novel :- GETARAN RINDU

Penulis :- NORZAILINA

Penerbit :- ALAF 21 SENDIRIAN BERHAD

Jumlah Muka Surat :- 580 HALAMAN

Ringkasan Cerita :-

Perempuan…lirikan matanya ibarat sembilu menusuk dikalbu. Firasat senyumannya adalah kuntuman rindu. Dan sentuhan jari jemarinya yang hangat bisa mendebarkan jiwa setiap lelaki. Namun bagi Izham, gemersik suara Fara bagai menyeru-nyeru semangatnya yang hilang. Dia kembali ke alam reality. Merenung hari kelmarin yang pergi. Kemudian melontarkan prasangka bahawa cinta palsu mudah dibeli dan cinta setia sukar dicari.

Sejak itu, hidup lelaki ini terasa indah dan membahagiakan. Siang berganti malam dan hari berganti bulan. Namun…cinta yang semakin sarat tidak pernah menoktahkan erti jemu buat Izham. Sayangnya, Fara sentiasa mempersendakan ketulusannya hanya kerana godaan Delia yang jelita dan kemanjaan Sharifah yang sengaja mencari sengketa. Sedangkan di hari Izham, hanya wajah Fara yang menghiasi malam sepinya.

Dimanakah penghujung pertemuan mereka, bila Izham dikhabarkan hilang dalam perjalanan ke Venice? Dia terpaksa menghilangkan diri dan bersembunyi angkara perbuatan Suffian, kekasih Delia, yang cemburu buta! Sejak itu, mereka terpisah, tanpa suara dan tanpa kata-kata.

Dimanakah kau Izham? Fara terus menanti dengan sendu dan airmata. Mengharap agar cinta, kasih dan rindu mereka kembali bersatu seperti dulu.

Pengajaran :-

Seseorang kadangkala terpaksa mengambil keputusan yang akan mengubah kehidupannya dalam masa beberapa minit sahaja. Bila sudah menetapkan fikiran, tiada pilihan lain kecuali meneruskan kehidupannya. Disinilah terletaknya kewibawaan seseorg bilamana dia harus meneruskan hari-hari yang mendatang walaupun ia bukan pilihannya.


Jumlah Bintang :- ****

Khamis, 15 Oktober 2009

Rahsia 8P

Petua 8P Ustazah Siti Nurbahyah

1) PUJI iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2) PELUK yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3) PENGHARGAAN di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4) PERHATIAN adalah yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5) PERSEFAHAMAN

6) PERGAULAN iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7) PERCUTIAN di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8) PERMOHONAN iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggungjawab terhadap keluarga," katanya.

Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu:-

> membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau
> membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.

Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah. Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap
agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL......

Rabu, 14 Oktober 2009

Harus Memilih Kawan

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)

Dari Nu’man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda, “Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.” (Hadis riwayat Muslim)

“Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.” (Hadis riwayat Muslim)
“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”

Banyak sekali hadis-hadis tentang kawan/sahabat ini. Ada pula pepatah Melayu mengatakan, “Berkawan biar seribu, berkasih biar satu.” Saya lebih selesa dengan berkawan biar berpada jumlahnya, lihat kualiti, bukan kuantiti. Dan berkasih jangan cuma satu saja, kalau mampu, biar ramai. Kasihkan Allah, Rasul-Nya, pasangan (suami/isteri), anak-anak, keluarga, kaum kerabat, jiran dan juga kawan atau sahabat. Baru betul! Tak gitu?

Allah SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.

Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT yang bermaksud, “Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (surah al-Hujurat [049] ayat 13)


Dalam Islam, faktor memilih kawan amat dititik-beratkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.

Terdapat ayat yang mengisyaratkan mengenai peranan dan pengaruh kawan, antaranya firman-Nya yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bertakwalah dan hendaklah kamu bersama-sama orang yang bersifat benar.” (Surah at-Taubah, ayat 119)

Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadis Rasululah SAW yang bermaksud, “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.” (Hadis riwayat Abu Daud).

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud: “Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?

Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya, “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut.”

1 - Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

2 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

3 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.

4 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

5 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.


Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.
Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita. Setelah kita dewasa, kita juga perlu berhati-hati memilih kawan kerana kita tidak mahu kawan-kawan yang melalaikan kita terhadap Maha Pencipta. Kawan yang baik membantu kita ke arah pencapaian matlamat, iaitu kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat. Kawan yang tidak baik hanya membantutkan usaha kita ke arah itu.

Dalam kitab al-Hikam ada menyebut, “Jangan berkawan dengan seseorang yang tidak membangkitkan semangat taat kepada Allah, amal kelakuannya dan tidak memimpin engkau ke jalan Allah.” Dalam satu hadis yang bermaksud, “Seseorang akan mengikuti pendirian (kelakuan) temannya, kerana itu tiap orang harus memilih siapakah yang harus didekati sebagai kawan (teman).”

Sufyan Astsaury berkata, “Siapa yang bergaul dengan orang banyak harus mengikuti mereka, dan siapa mengikuti mereka harus bermuka-muka pada mereka, dan siapa yang bermuka-muka kepada mereka, maka binasalah seperti mereka pula.”

Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti di bawah:

1. Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.

2. Sahabat yang hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.

3. Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.

4. Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.

Ali bin Abi Thalib r.a. berkata, “Sejahat-jahat teman ialah yang memaksa engkau bermuka-muka dan memaksa engkau meminta maaf atau selalu mencari alasan.”

Kemungkinan engkau berbuat kekeliruan (dosa), maka ditampakkan kepadamu segala kebaikan, oleh kerana persahabatanmu kepada orang yang jauh lebih rendah akhlak (iman) daripadamu.

Sebaik-baik sahabat

Dan sekiranya engkau berkawan seorang bodoh yang tidak menurutkan hawa nafsunya, lebih baik daripada berkawan dengan orang alim yang selalu menurutkan hawa nafsunya. Maka ilmu apakah yang dapat digelarkan bagi seorang alim yang selalu menurutkan hawa nafsunya itu, sebaliknya kebodohan apakah yang dapat disebutkan bagi seorang yang sudah dapat mengekang (menahan) hawa nafsunya.

Bagaimana akan dinamakan bodoh, seorang yang telah dapat menahan dan mengekang hawa nafsunya, sehingga membuktikan bahawa semua amal perbuatannya hanya semata-mata untuk keredhaan Allah SWT dan bersih dari dorongan hawa nafsu. Sebaliknya, apakah erti suatu ilmu yang tidak dapat menahan atau memimpin hawa nafsu dari sifat kebinatangan dan kejahatannya.

Dalam sebuah hadis ada keterangan : “Seorang itu akan mengikuti pendirian sahabat karibnya, kerana itu hendaknya seseorang itu memperhatikan, siapakah yang harus dijadikan kawan.”

Menurut ahli syair pula : “Sesiapa bergaul dengan orang-orang yang baik, akan hidup mulia. Dan yang bergaul dengan orang-orang rendah akhlaknya, pasti tidak mulia.”

Bersahabat dengan yang lebih rendah budi dan imannya sangat berbahaya, sebab persahabatan itu saling pengaruh-mempengaruhi, percaya-mempercayai sehingga dengan demikian sukar sekali untuk dapat melihat datu memperbaiki kesalahan sahabat yang kita sayangi, bahkan kesetiaan sahabat akan membela kita dalam kesalahan dosa kekeliruan itu, yang dengan itu kita pasti akan binasa kerananya.

Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Apa pun berkawanlah kerana Allah SWT untuk mencari redha-Nya.

Selasa, 13 Oktober 2009

Resepi : Ikan Kerapu

Bahan-bahan:-

1 ekor ikan kerapu saiz besar
Sedikit serbuk kunyit dan garam
Sedikit tepung jagung
1 sudu besar cili kisar
Minyak untuk menggoreng dan menumis

Bahan Tumbuk:-

2cm halia
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Bahan Sos:-

1/2 cawan air
1/2 cawan sos tomato
1 cawan sos cili
1/2 cawan sos tiram
1 sudu besar cuka

Bahan Hias (dipotong):-

3 batang putik jagung
1 batang lobak merah
1 batang timun
1 biji capsicum hijau, merah dan kuning
1 labu bawang besar

CARA MENYEDIAKANNYA :-

1) Panaskan minyak, lumur ikan dengan serbuk kunyit, garam dan tepung jagung.

2) Goreng hingga masak, angkat dan ketepikan.

3) Panaskan sedikit minyak, tumis bahan tumbuk hingga naik aroma dan masukkan cili kisar, biarkan sedikit garing.

4) Bancuhkan kesemua bahan sos, tuangkan ke dalam tumisan.

5) Setelah mendidih, masukkan bahan hias.

6) Setelah masak, tuangkan di atas ikan yang telah digoreng tadi.

Isnin, 12 Oktober 2009

Petua : Sakit Mata

Baru-baru nie...one family ai kena sakit mata...firstly yg kena my son...after that my daughter..and then ai..lps tu hubby...

Paling teruk yang kena ai la..sampai bledding..keluar airmata darah...perit dan pedih..tak terkira...sampai nak bukak mata pun susah...

Klu bangun tidur pagi...lagi la payah nak bukak mata...

Selain dari jumpa doctor...ai ada beberapa petua yang mungkin boleh dimanfaatkan bersama sekiranya mengalami sakit yang berkaitan dengan mata.

Sakit Mata
1. Jika anda mengalami sakit mata, cubalah petua ini, titiskan embun pagi ke mata setiap hari.
2. Tumbuk daun bunga melati hingga lumat, kemudian tampalkan di sekeliling mata. Insya-Allah sakit mata akan berkurangan.
3. Masukkan satu sudu besar garam ke dalam besen yang berisi air. Kacau garam hingga hancur. Kemudian pejam dan celikkan mata anda dalam air tersebut.
4. Rebus sedikit akar bunga raya putih, sejukkan dan titiskan ke mata.
5. Ambil sedikit susu ibu, kemudian titiskan ke mata setiap hari sehingga mata sembuh.

Gatal Mata
Ramas beberapa helai daun sirih dan rendam dalam air suam selama 10 minit. Tapis air tersebut. Kemudian cuci mata anda sehingga rasa gatalnya berkurangan.

Mata Terkena Cabai
Jika mata anda terkena cabai, jangan panik. Ambil secubit garam kemudian kunyah. Rasa pedih akan beransur kurang.

Mata Ditumbuhi Ketumbit
Gesel dua batang sudu, kemudian sapukan bahagian yang digesel di tempat yang ditumbuhi ketumbit. Lakukan sekali sehari sehingga ketumbit hilang.

Khamis, 8 Oktober 2009

Tip Mendidik Anak Cemerlang Dalam Hidup

Pakar motivasi keluarga, Prof. Madya Izuddin Ali memberi tip kepada ibubapa agar mengambil berat kebajikan anak meliputi keperluan diri dan emosi anak.

1) TEKANKAN DIDIKAN AGAMA.
Tidak kira sama ada anak itu cerdik ataupun tidak, didikan agama perlu diterapkan agar menjadi pedoman hidup. Antaranya doa yang baik untuk anak dan juga amalan seperti berzikir bersama-sama anak.

2) PEMBENTUKAN AKHLAK.
Ibu bapa perlu tunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak. Seperti sikap jujur dan amanah.

3) BANYAKKAN PUJIAN DARIPADA KRITIKAN.
Kebanyakan ibu bapa lupa bahawan anak-anak juga mempunyai perasaan. Untuk itu, sebelum mengkritik anak, puji mereka dahulu. Ibu bapa biasanya tidak sabar dengan mengatakan anak bodoh, lembap dan sebagainya.

4) MEMAHAMI PERKEMBANGAN ANAK.
Setiap anak mempunyai perkembangan yang berlainan. Cuba perhatikan sesetengah anak cemerlang pada peringkat awal iaitu sekolah rendah kemudian semakin kurang cemerlang dperingkat sekolah menengah.

5) KENALI APA KESUKAAN ANAK.
Setiap anak mempunyai minat dan kepandaian masing-masing. Jika mereka minat melukis, beri sokongan dengan memberi alatan lukisan agar minat itu boleh diperkembangkan.

6) KOMUNIKASI TIDAK JELAS.
Komunikasi orang dewasa dengan kanak tidak sama. Tidak semua apa yang diperkatakan oleh orang dewasa difahami oleh kanak-kanak.
Contohnya, jika ibubapa mengatakan jika anak tidak belajar bersungguh-sungguh suatu hari nanti, mereka akan hidup susah. Mereka tidak memahami apa erti susah tersebut.Lebih baik ibu bapa membawa anak-anak ke tempat orang susah dan terangkan kenapa seseorang itu boleh hidup susah.

Sumber Dari :- Majalah Keluarga Harmoni