Isnin, 21 Februari 2011

19 Tahun Telah Berlalu

SUDIRMAN DALAM KENANGAN..

Sudirman Hj Arshad (25 Mei 1954-22 Februari 2011) merupakan salah seorang penyanyi terkenal di Malaysia. Beliau telah dinobatkan sebagai Penghibur Nombor 1 Asia dari Malaysia. Anak jati Pahang pertama memenangi Anugerah Penyanyi Asia tahun 1989 di London.

Lelaki kacak ini telah diberi jolokan sebagai Penghibur Milik Masyarakat, Seniman Rakyat dan Elvis Malaysia. Beliau adalah penyanyi, penghibur, penggubah, peguam, penulis, pengarang (buku kanak-kanak), pelukis kartun, usahawan, dan pelakon.Selain itu, beliau telah melahirkan sebanyak 168 buah lagu.



Lahir: 25 Mei 1954(1954-05-25)
Temerloh, Pahang, Malaysia
Meninggal dunia: 22 Februari 1992 (umur 37)
Di Lucky Garden, Bangsar, Kuala Lumpur, Malaysia
Pekerjaan: Penyanyi, peguam, pelakon, penulis, ahli perniagaan

Sudirman masih segar dalam ingatan walaupun telah 19 tahun meninggalkan kita. Penghibur ini berbakat besar, muzik dan pencapaiannya masih dikenang sehingga ke hari ini.
Beliau yang merupakan penghibur serba boleh telah membuat kejutan dari Sekolah Pay Fong, Melaka (1976) sehingga ke ruang berprestij di Royal Albert Hall London (1989).

Belum pernah sejak Allahyarham Tan Sri P. Ramlee meninggal dunia, Malaysia mempunyai seorang seniman yang luar biasa hebatnya, apatah lagi seorang seniman yang dapat merentasi sempadan bangsa. Sudirman Haji Arshad merupakan satu-satunya seniman yang boleh menyanyi dengan fasih pelbagai bahasa serta mengubah lagu sehingga berjaya mencuri hati setiap golongan masyarakat.

Wajarlah beliau sering dikatakan sebagai “Penghibur Milik Masyarakat”, “Penghibur Rakyat”, “A Genius With Microphone” dan pelbagai lagi..

Beliau merupakan segala-galanya bagi kita kerana dialah penyanyi, penghibur, penggubah, peguam, penulis, pengarang (buku kanak-kanak), pelukis kartun, usahawan, dan pelakon.

Sepanjang penglibatannya dalam bidang muzik, beliau telah menghasilkan 20 buah album dalam bahasa Melayu, termasuk dua buah dalam bahasa Inggeris – “Twinkle-Twinkle Little Star” dan “Images”.

Sudirman juga muncul dalam acara penutup Sukan SEA 1989 yang dianjurkan oleh Kuala Lumpur dengan penampilannya yang berbeza, mengenakan baju bendera (Jalur Gemilang) sambil mengibarkan Jalur Gemilang (ketika itu Bendera Malaysia) yang besar.

Persembahan beliau dengan lagu One Thousand Million Smiles yang begitu mempersonakan dalam Salem Music Awards di Royal Albert Hall pada tahun 1989 sehingga berjaya dinobatkan sebagai Penghibur No. 1 Asia yang sesungguhnya amat membanggakan Malaysia.

Memang benar, ingatan terhadap Sudirman masih segar bersama kita walaupun selepas 18 tahun pemergian beliau – perjuangannya masih belum selesai.

Tiada ulasan: